Bagi mereka yang masih bujang baik lelaki atau wanita sudah pasti memerlukan hidangan yang ringkas dan mudah dalam seharian. Kebanyakan yang masih bujang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti kerja dan memerlukan makanan yang mudah untuk dihidang.
Ada diantara mereka yang bujang menggunakan service food delivery seperti food panda dan grab food. Namun untuk lebih menjimatkan kewangan bulanan golongan bujang juga ada yang memasak sendiri di rumah. Di dalam artikel ini membincangkan senarai barang dapur bujang yang wajib ada di rumah.
Makanan dalam tin
Bagi golongan bujang sudah semestinya ingin hidangan yang mudah dan cepat, salah satu caranya ialah dengan membeli makanan dalam tin. Kini terdapat banyak makanan-makanan dalam tin di pasaran. Terdapat pelbagai jenis lauk ikan, ayam, dan daging yang telah dimasak dengan masakan melayu seperti ayam masak merah dan ikan sardin masak tomato semuanya termasuk dalam senarai barang dapur bujang.
Dengan adanya lauk dalam tin ini anda hanya perlu memasak semula lauk tadi, jika rajin boleh juga menambah citarasa dengan menambah sayur atau lada jika ingin pedas. Untuk memudahkan anda juga boleh membuat pembelian di dalam talian shopee untuk mendapatkan bekalan senarai barang dapur bujang pada harga yang berpatutan.
Biskut kering
Biskut kering sesuai dijadikan makanan ringan bila masa lapang atau untuk snacking. Lumrah manusia sesetangahnya akan rasa hendak mengunyah @ snacking terutamanya pada waktu malam. Maka dengan ada biskut kering boleh dijadikan makanan ringan di waktu malam tanpa anda perlu makan berat seperti nasi dan sebagainya. Tips, untuk lebih jimat membeli senarai barang dapur bujang, anda juga boleh membeli biskut kering dengan kuantiti yang banyak pada harga murah di shopee.
Telur dan ayam
Bagi yang rajin memasak di dapur, lauk seperti telur dan ayam juga termasuk dalam senarai barang dapur bujang. Golongan bujang biasanya sudah sinonim dengan lauk telur. Ini kerana telur adalah sumber protein yang murah dan boleh disimpan lama berbanding ayam. Maka pastikan anda menyediakan telur yang cukup untuk memudahkan anda nanti.
Tepung gandum
Salam satu barang dapur yang termasuk dalam senarai barang dapur bujang ialah tepung gandum. Ramai yang tidak tahu terutamanya golongan bujang bahawa tepung gandum mempunyai banyak kegunaan di dapur. Dengan tepung gandum anda boleh boleh membuat cucur untuk sarapan pagi dan makan petang. Dengan tepung gandum juga anda boleh membuat ayam goreng rangup sendiri.
Mee dan bihun
Selain dari beras, makanan yang sesuai untuk golongan bujang juga adalah mee dan bihun. Ini kerana mee dan bihun sangat mudah untuk dimasak. Tidak seperti nasi yang perlu ditanak. Mee dan bihun anda hanya perlu merendam ke dalam air panas sebelum dimasak bersama bahan-bahan lain. Ini sedikit sebanyak memudahkan golongan bujang.
Dapatkan pelbagai barangan dapur pada harga murah di shopee.
Link Shopee : https://shp.ee/i3x9hib
Sos dan kicap
Salah satu perasa yang wajib termasuk di dalam senarai barang dapur bujang ialah sos dan kicap manis. Kedua-dua barang ini sangat penting sebagai asas dalam membuat kuah samada masak lauk mahupun masak mee dan bihun. Boleh dapatkan sos seperti sos cili, sos tomato, sos tiram, sos BBQ, kicap pekat, kicap manis dan sebagainya. Berita baiknya anda boleh dapatkan semua barang tadi dengan harga murah di shopee.
Akhir kata
Bagi golongan bujang sebenarnya boleh sahaja menyediakan makanan sendiri tanpa perlu makan di luar yang lebih memerlukan kos yang tinggi. Diharap dengan info-info di atas membantu golongan-golongan bujang untuk masak sendiri agar lebih jimat.