Bahan Perap Ayam

Bahan Perap Ayam Bakar | Resepi BBQ

Bahan perap ayam bakar amat penting dalam menentukan rasa sedap dan tekstur ayam yang dipanggang. Lain orang lain cara perapnya, namun yang pasti bahan-bahan perap ini boleh didapati dengan mudah di pasaraya berdekatan anda. Di dalam slot kali ini kami kongsikan resepi ayam perap bakar yang menggunakan bahan perap yang mudah diperolehi.  

Resepi ayam perap bakar ini adalah perkongsian daripada laman facebook yang telah mendapat lebih ratusan komen dan tanda suka oleh warganet. Jika anda mencari bahan-bahan untuk perap ayam bakar, slot ini sesuai untuk bacaan anda..baca hingga hbis yee..

Resepi Wing Sweet & Spicy

Bahan-bahan

  • 10 Ayam bahagian sayap
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Madu
  • Sos cili
  • Serbuk sweet paprika 
  • Serbuk black pepper
  • 10 Bawang putih
  • 2 ruas halia
  • Gula dan garam

Cara penyediaan

  1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat dan hancur. 
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan kacau hingga semuanya sebati.
  3. Peram ayam yang telah digaul dengan bahan perap tadi selama sejam, nak lagi sedap boleh peram hingga semalaman. 
  4. Boleh panggang menggunakan ketuhar @ guna non-stick pan.
  5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng dengan api yang perlahan. 
  6. Alihkan sekali sekala bagi elakkan ayam hangit. Siap untuk dihidang.

Kredit Amira Hasan 

Resepi Ayam Perap BBQ

Bahan Kisar

  • Bahagian ayam, boleh guna mana-mana bahagian. 
  • 2 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia
  • 1 batang serai

Bahan tambahan

  • BBQ source
  • Sedikit oregano
  • Italian herbs
  • Chicken seasoning
  • Paprika

Cara penyediaan

  1. Kisar bahan kisar hingga lumat, campurkan sekali bahagian ayam.
  2. Campurkan sekali bahan-bahan tambahan dan kacau hingga sebati.
  3. Kalau nak pedas boleh tambah lada hitam @ lada putih.
  4. Gaul hingga semua sebati dan rata, kalau nak rasa manis boleh tambah madu sikit.
  5. Letak sedikit minyak di dalam non-stick pan, guna api yang perlahan sahaja.
  6. Kalau nak lebih sedap, simpan ayam perap semalaman di dalam peti sejuk.
Bahan Perap Ayam
Bahan Perap Ayam

Kredit Dani J Tang

Resepi Ayam Bakar KFC

Bahan-bahan perap

  • Bahagian ayam (mana bahagian pon boleh)
  • 4 sudu black pepper
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu cukup rasa
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap manis

Cara penyediaan

  1. Gaul semua bahan-bahan perap termasuklah ayam hingga sebati dan rata.
  2. Perap selama 1 ke 2 jam, lagi lama lagi sedap rasanya.
  3. Panggang ayam dengan menggunakan ketuhar @ non-stick pan, tambah sikit minyak jika perlu.
  4. Nak lebih rasa sedap boleh sapu madu selepas siap panggang ayam. Madu boleh memberikan rasa manis dan tekstur likat pada ayam panggang anda.
Bahan Perap Ayam
Bahan Perap Ayam
Bahan Perap Ayam
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Ketuhar : https://shp.ee/873vzzf

Non stick pan : https://shp.ee/qcxcduf

Loyang : https://shp.ee/uzuk9hf

Kicap manis : https://shp.ee/ausk5tf

Akhir Kata

Nak buat bahan perap ayam bakar ini sangatlah mudah dan sesiapa sahaja boleh mencuba resepi ini. Anda boleh juga mengolah bahan-bahan tadi dengan idea anda tersendiri. Bagi yang tiada ketuhar, anda boleh menggunakan kuali biasa, tetapi gunakan minyak yang sikit dan api yang perlahan. Anda minat resepi kek? kom baca Resepi Kek Batik Indulgence.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top