Bahan perap ayam bakar amat penting dalam menentukan rasa sedap dan tekstur ayam yang dipanggang. Lain orang lain cara perapnya, namun yang pasti bahan-bahan perap ini boleh didapati dengan mudah di pasaraya berdekatan anda. Di dalam slot kali ini kami kongsikan resepi ayam perap bakar yang menggunakan bahan perap yang mudah diperolehi.
Resepi ayam perap bakar ini adalah perkongsian daripada laman facebook yang telah mendapat lebih ratusan komen dan tanda suka oleh warganet. Jika anda mencari bahan-bahan untuk perap ayam bakar, slot ini sesuai untuk bacaan anda..baca hingga hbis yee..
Resepi Wing Sweet & Spicy
Bahan-bahan
- 10 Ayam bahagian sayap
- Kicap manis
- Sos tiram
- Madu
- Sos cili
- Serbuk sweet paprika
- Serbuk black pepper
- 10 Bawang putih
- 2 ruas halia
- Gula dan garam
Cara penyediaan
- Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat dan hancur.
- Masukkan bahan-bahan lain dan kacau hingga semuanya sebati.
- Peram ayam yang telah digaul dengan bahan perap tadi selama sejam, nak lagi sedap boleh peram hingga semalaman.
- Boleh panggang menggunakan ketuhar @ guna non-stick pan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng dengan api yang perlahan.
- Alihkan sekali sekala bagi elakkan ayam hangit. Siap untuk dihidang.
Kredit Amira Hasan
Resepi Ayam Perap BBQ
Bahan Kisar
- Bahagian ayam, boleh guna mana-mana bahagian.
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Halia
- 1 batang serai
Bahan tambahan
- BBQ source
- Sedikit oregano
- Italian herbs
- Chicken seasoning
- Paprika
Cara penyediaan
- Kisar bahan kisar hingga lumat, campurkan sekali bahagian ayam.
- Campurkan sekali bahan-bahan tambahan dan kacau hingga sebati.
- Kalau nak pedas boleh tambah lada hitam @ lada putih.
- Gaul hingga semua sebati dan rata, kalau nak rasa manis boleh tambah madu sikit.
- Letak sedikit minyak di dalam non-stick pan, guna api yang perlahan sahaja.
- Kalau nak lebih sedap, simpan ayam perap semalaman di dalam peti sejuk.
Kredit Dani J Tang
Resepi Ayam Bakar KFC
Bahan-bahan perap
- Bahagian ayam (mana bahagian pon boleh)
- 4 sudu black pepper
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu cukup rasa
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu kicap manis
Cara penyediaan
- Gaul semua bahan-bahan perap termasuklah ayam hingga sebati dan rata.
- Perap selama 1 ke 2 jam, lagi lama lagi sedap rasanya.
- Panggang ayam dengan menggunakan ketuhar @ non-stick pan, tambah sikit minyak jika perlu.
- Nak lebih rasa sedap boleh sapu madu selepas siap panggang ayam. Madu boleh memberikan rasa manis dan tekstur likat pada ayam panggang anda.
Kredit Norolhuda Udee
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
Ketuhar : https://shp.ee/873vzzf
Non stick pan : https://shp.ee/qcxcduf
Loyang : https://shp.ee/uzuk9hf
Kicap manis : https://shp.ee/ausk5tf
Akhir Kata
Nak buat bahan perap ayam bakar ini sangatlah mudah dan sesiapa sahaja boleh mencuba resepi ini. Anda boleh juga mengolah bahan-bahan tadi dengan idea anda tersendiri. Bagi yang tiada ketuhar, anda boleh menggunakan kuali biasa, tetapi gunakan minyak yang sikit dan api yang perlahan. Anda minat resepi kek? kom baca Resepi Kek Batik Indulgence.