Resepi Peria Katak Crispy Jajan Kunyah Guna Sayur Peria

Resepi Peria Katak Crispy

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi peria katak crispy ni korang wajib cuba, boleh buat makan-makan masa layan movie kat rumah bersama keluarga. Sayur peria ni sinonim dengan rasanya yang pahit dan kurang digemari terutamanya golongan kanak-kanak. 

Namun tahukah anda boleh olah cara masak peria ini dengan membuat peria crispy. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Syiqah Jaafar ini.

Bahan-bahan:

  • 5 biji peria katak (saiz sederhana)
  • Garam (untuk rendaman)
  • 3 sudu besar tepung Bestari
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Minyak (untuk menggoreng)
  • Sedikit mentega

Cara Penyediaan:

  1. Hiris peria katak menggunakan pisau.
  2. Rendam hirisan peria katak dalam air garam selama 15 minit. Kemudian, bilas bersih dan jemur sekejap hingga kering.
  3. Dalam bekas bertutup, campurkan tepung Bestari, tepung beras, dan tepung jagung.
  4. Masukkan peria katak ke dalam bekas bertutup tersebut dan goncangkan hingga semua hirisan peria disaluti tepung secara rata.
  5. Panaskan minyak dengan sedikit mentega dalam kuali.
  6. Goreng peria katak sehingga keemasan dan rangup.

Tips:

  1. Pastikan peria katak kering sepenuhnya selepas dijemur untuk hasil gorengan yang lebih rangup.
  2. Jangan bancuh tepung dengan air, gunakan serbuk tepung untuk hasil yang lebih crispy.
  3. Menambah sedikit mentega dalam minyak goreng akan memberikan aroma dan rasa yang lebih enak.

Kredit Syiqah Jaafar

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top