Resepi Paprik Seafood Rasa Sama Makan Kat Kedai Thai

Resepi Paprik Seafood

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Resepi paprik seafood adalah antara menu hidangan yang popular di kedai makan tomyam atau kedai makan thai. Rasanya yang sedikit pedas dan rasa daun limau purutnya yang kuat menjadikan ia sedap dinikmati setiap hari. Jom cuba sendiri hidangan paprik seafood ini di rumah.

Resepi paprik seafood ini adalah perkongsian daripada saudara DW Home Decor untuk rujukan anda. Resepi penuh ada di bawah:

Bahan-Bahan:

  • Cili kering (dikisar dengan bawang putih)
  • Paste tomyam
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Daun limau purut
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)
  • Cili (untuk tambahan pedas, pilihan)
  • Pelbagai jenis sayur (ikut citarasa)
  • Bebola ayam
  • Udang
  • Sotong
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • Air secukupnya
  • Sos cili
  • Kicap
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili kisar bersama bawang putih, paste tomyam, serai, dan daun limau purut sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan bawang Holland dan cili untuk rasa pedas tambahan. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan sayur-sayuran pilihan dan bebola ayam. Gaul rata.
  4. Tambahkan udang dan sotong, kemudian masukkan tomato. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan sedikit air untuk kuah, tetapi pastikan tidak terlalu banyak supaya kuah tidak cair.
  6. Gaul rata dan masukkan sos cili serta kicap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga semua bahan sebati.

Tips:

  1. Tumis cili kisar hingga benar-benar pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  2. Gunakan sayur-sayuran segar untuk rasa yang lebih enak dan tekstur yang lebih baik.
  3. Jangan masukkan terlalu banyak air agar kuah tidak terlalu cair.

Kredit DW Home Decor

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top