Resepi Sambal Sotong Kembang Lembut Tak Liat

Resepi Sambal Sotong Kembang Lembut

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 3-5 orang

Mana-mana yang suka makan seafood boleh cuba resepi sambal sotong kembang ni, menu popular terutamanya bagi yang penggemar sotong. Nak buat mudah je ikut resepi yang dikongsikan oleh saudari Zarinah Abu Yazid ini, sesuai buat makan seisi keluarga.

Untuk masakan sotong kembang ni paling penting sotong tu jangan liat, jadi pilih sotong kembang yang betul-betul lembut dan segar ya.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong kembang
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 7 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 7 senduk kecil cili kisar
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar gula merah atau gula Melaka
  • 1 sudu besar garam
  • 4 sudu besar air asam jawa

Cara Penyediaan:

  1. Sangai sotong tanpa minyak dalam kuali untuk mengeluarkan airnya, kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, dan halia yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  4. Tambahkan garam, gula pasir, gula merah, dan air asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan sotong yang telah ditoskan dan gaul rata dengan sambal.
  6. Kecilkan api dan masak hingga sambal menjadi pekat.

Tips:

  • Untuk mengeluarkan air sotong dengan lebih mudah, potong sotong menjadi kepingan kecil sebelum disangai.
  • Pastikan cili kisar dimasak hingga pecah minyak untuk mendapatkan rasa sambal yang lebih enak.
  • Sesuaikan jumlah gula dan garam mengikut citarasa peribadi.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top