Resepi Lala Masak Lemak Santan Manis Enak Rasanya

Resepi Lala Masak Lemak

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-6 orang

Korang tahu tak lauk lala juga sesuai buat masak lemak dan mudah untuk dibuat. Kalau korang biasa makan udang masak lemak boleh cuba tukar kepada lala pulak lepas ni. Jom tengok resepi lala masak lemak santan yang dikongsikan oleh saudara Wan Ash ini.

Resepi ni sangat simple dan mudah sahaja nak buat, bahan dia pon guna bahan asas masak lemak je. Jom tengok: 

Baca juga artikel : Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan

Bahan:

  • Cili padi 
  • Bawang merah
  • Halia 
  • Kunyit hidup 
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Santan (mengikut kepekatan yang diingini)
  • Lala (dibersihkan)
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk atau kisar cili padi, bawang merah, halia, dan kunyit hidup hingga halus.
  2. Masukkan bahan tumbuk atau kisar ke dalam periuk.
  3. Tambahkan serai yang telah diketuk dan asam keping ke dalam periuk.
  4. Masukkan santan ke dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga mendidih.
  5. Setelah santan mendidih, masukkan lala yang telah dibersihkan.
  6. Masak hingga lala masak dan kuah menjadi pekat.
  7. Tambah garam dan perasa secukupnya. Kacau rata.
  8. Setelah lala masak dan kuah mencapai kepekatan yang diingini, tutup api. Hidangkan segera.

Tips:

  1. Jangan Masak Terlalu Lama: Pastikan lala tidak dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
  2. Santan Segar: Gunakan santan segar untuk rasa yang lebih lemak dan sedap.

Kredit Wan Ash

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top