Tips Rebus Kerang Nak Bagi Isi Juicy & Tak Kecut

rebus kerang

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 10 minit

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-6 orang

Korang selalu tak rebus kerang tapi isi kerang kecut dan tak sedap? rupanya salah cara rebus kerang tu. Ada cara nak bagi isi kerang tak kecut dan juicy bila makan. Tips ini adalah perkongsian daripada saudari CT Nazura yang tular di laman FB dan telah mendapat ratusan tanda suka dan ulang siar. 

Kerang rebus ni sedap buat resepi ala thai dan buat colek, tapi anda perlu tahu cara rebus kerang yang barul nak bagi isi tebal dan tak kecut. Jom tengok cara betul rebus kerang:

Baca juga artikel : Resepi Kerang Rebus

Tips rebus kerang juicy:

  1. Basuh kerang dengan bersih dan tapis.
  2. Masukkan dalam periuk bersama bawang, halia, dan serai yang diketuk. (Jangan letak kerang lagi)
  3. Isi air sehingga paras kerang tenggelam. (jangan letak kerang lagi)
  4. Masak hingga air mendidih, kemudian masukkan garam dan ajinomoto, barulah masukkan kerang.
  5. Setelah mendidih sekali lagi, kacau kerang beberapa kali.
  6. Tutup api dan taburkan daun kunyit dan cili.
  7. Siap!

Tips Tambahan:

  1. Jika kerang tidak habis, masukkan kerang dalam air sejuk dan simpan dalam peti ais. Keesokan harinya, isi kerang akan menjadi lebih gebu dan segar.

Kredit CT Nazura

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top