Share/simpan resepi ini
Join Telegram Channel
Nak lebih banyak koleksi resepi setiap hari? Join Telegram Channel kami. Tekan link Telegram di bawah
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 20 minit
Menu: 4-5 orang
Resepi brokoli goreng mungkin agak jarang kita dengar terutamanya dalam kalangan masakan orang melayu. Namun resepi brokoli goreng ini sebenarnya sangat enak dihidang, terutamanya teksturnya yang rangup apabila digoreng. Korang boleh tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Mazliza Ahmad ini.
Resepi brokoli ni sangat sedap nak ratah sahaja pon layan, jom tengok resepi penuh di bawah ni:
Baca juga artikel : Resepi Biskut Red Velvet Adunan Pelbagai Perisa
Bahan:
- Brokoli – dipotong-potong
- 2 paket tauhu telur – dipotong ikut suka dan digoreng
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 4 ulas bawang putih – dihiris
- 1 biji cili merah – dihiris
- Sedikit ikan bilis atau udang hidup
- 1 sudu makan sos tiram
- Sedikit kicap manis
- 1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- Garam dan perasa secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Tumis bawang besar, bawang putih, dan cili merah yang telah dihiris hingga naik bau dan sedikit layu.
- Tambahkan ikan bilis atau udang hidup ke dalam kuali dan tumis hingga masak.
- Masukkan tauhu telur yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau rata.
- Masukkan 1 sudu makan sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga sebati.
- Tambahkan garam, perasa, dan sedikit kicap manis. Gaul rata.
- Masukkan brokoli yang telah dipotong. Kacau hingga brokoli separuh masak dan masih rangup.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos. Kacau sekejap dan tutup api.
Tips:
- Jangan masak brokoli terlalu lama untuk menjaga teksturnya yang rangup dan warna hijau segarnya.
- Tambahkan lebih banyak udang atau tauhu telur jika mahu lebih banyak protein dalam hidangan ini.
Selamat mencuba! 🍽️
Kredit Mazliza Ahmad
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.