Resepi Oden Viral Sedap Dia Kalah Oden FamilyMart

Resepi Oden Viral

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 7-8 orang

Resepi oden viral ini bukan hanya sedap dimakan, ia sebenarnya lebih jimat berbanding beli oden di kedai. Yang bagusnya jugak dengan buat sendiri oden ni anda boleh buat ikut selera masing-masing. Nak pedas boleh dan kurang pedas pon boleh.

Contohnya resepi yang dikongsikan oleh saudari Nur Nadhirah Mohd Noor ini, resepi oden ini hanya menggunakan campuran bahan-bahan yang simple dan boleh didapati di kedai sahaja.

Baca juga artikel : Resepi Nutella Pod Cookies

Bahan-bahan:

  • Air secukupnya
  • 2 paket perencah Asam Pedas Adabi
  • 2 paket perencah Tom Yam Adabi
  • 1 paket perencah Sup Siam Adabi
  • 1 kiub tomyam
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis (perah ambil air sahaja)
  • Sedikit nisan atau gula Melaka
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 paket steamboat mix
  • 1 paket sosej, udang, atau ketam
  • Maggi, mee hoon, mee, kuey teow, atau udon (pilihan masing-masing, boleh celur asing jika tidak mahu ia kembang)

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air dalam periuk secukupnya, jangan terlalu cair atau terlalu pekat
  2. Masukkan 2 paket perencah Asam Pedas Adabi, 2 paket perencah Tom Yam Adabi, dan 1 paket perencah Sup Siam Adabi ke dalam air yang mendidih.
  3. Tambahkan sedikit nisan atau gula Melaka dan garam secukup rasa.

  4. Masukkan kiub tomyam, serai yang diketuk, daun limau purut, dan air perahan limau nipis. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Setelah kuah mendidih, masukkan 1 paket steamboat mix dan 1 paket sosej, udang, atau ketam. Masak hingga bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
  6. Jika menggunakan maggi, mee hoon, mee, kuey teow, atau udon, celur bahan tersebut secara berasingan untuk mengelakkan ia kembang dalam kuah.
  7. Tuangkan kuah oden ke atas mee yang telah dicelur atau biarkan mee dicelur dalam kuah sebelum dihidangkan.

Tips:

  1. Keseimbangan Rasa: Pastikan rasa kuah seimbang antara asam, pedas, dan masin mengikut citarasa anda.
  2. Bahan Tambahan: Boleh tambah sayur-sayuran seperti sawi, cendawan, atau jagung muda untuk variasi.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top