Resepi Lepat Pisang

Resepi Lepat Pisang

Resepi lepat pisang adalah salah satu olahan daripada buah pisang yang dijadikan kuih di dalam masyarakat melayu di Malaysia. Lepat pisang kerap kali dijadikan sebagai hidangan ketika sarapan pagi dan juga hidangan sampingan diwaktu malam. Ia sangat digemari oleh setiap lapisan masyarakat kerana rasa manis pada isinya.

Untuk membuat lepat pisang ini tidak sukar, anda hanya perlu beberapa bahan selain pisang seperti tepung dan gula. Malah jika anda sudah mahir anda boleh cuba resepi ini sendiri di rumah tanpa perlu membelinya. Nak tahu lebih banyak resepi lepat pisang teruskan membaca hingga habis ya..

Koleksi Resepi Lepat Pisang Warganet

Anda nak belajar buat lepat pisang di rumah? Disini kami kongsikan beberapa cara dan resepi lepat pisang yang popular di alam maya. Senarai resepi ini sangat popular dan telah mendapat banyak perkongsian oleh warganet sendiri. Ia mudah dan sesuai untuk dihidang seisi keluarga anda. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. 

Resepi Lepat Pisang Oleh Tuan Adriana Arissa

Bahan-bahan:

  • 15 biji pisang berangan atau pisang emas
  • ½ cawan gula
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan kelapa parut

Cara penyediaan:

  1. Lenyek pisang hingga semuanya hancur, tinggalkan sedikit ketulan pisang untuk tekstur pada lepat.
  2. Masukkan garam dan gula, gaul sebati.
  3. Masukkan tepung sikit-sikit untuk elakkan berketul.
  4. Sediakan kulit daun pisang, isi 1 sudu penuh adunan lepat tadi ke dalam daun pisang dan letak inti kelapa perut.
  5. Masak dengan kukusan selama 20 minit. siap!

Resepi Lepat Pisang Oleh Norlida Ali

Bahan-bahan:

  • 15 biji emas @ pisang berangan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 10 sudu besar gula
  • Garam sedikit
  • Daun pisang

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan lenyek pisang hingga lumat.
  2. Masukkan gula dan garam, gaul hingga sebati
  3. Masukkan tepung perlahan-lahan. Kalau keras boleh masukkan sedikit air.
  4. Boleh bentukkan dengan masukkan 2 sudu adunan lepat tadi ke dalam dalam pisang.
  5. Untuk inti, gaul dahulu secubit garam bersama kelapa parut hingga sebati.
  6. Letak kelapa parut 1 sudu ke atas adunan tadi.
  7. Lipat hingga berbentuk lepat pisang.
  8. Boleh kukus hingga masak. 

Lepat Pisang Sago Oleh Ayu Osman

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang berangan
  • 2 sudu besar sagu
  • Gula perang
  • ½ cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras

Cara penyediaan:

  1. Basuh sagu dan toskan dahulu, ketepikan
  2. Lenyek pisang berangan hingga semuanya lumat. 
  3. Masukkan tepung beras sikit-sikit, kacau hingga sebati. 
  4. Masukkan santan, kacau hingga sebati, masukkan gula perang dan garam sedikit. Campurkan bersama biji sagu yang dibasuh tadi, kacau hingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam daun pisang, kukus hingga masak. Siap dihidang!

Resepi Lepat Pisang Lembut Oleh Hajah Zainab Bt Mawan

Bahan-bahan:

  • Gunakan pisang berangan atau pisang kapas
  • 3 kilo pisang (dikopek kulitnya)
  • 3 gelas tepung gandum
  • 3 gelas santan pekat
  • Garam sedikit
  • ½ gelas tepung beras
  • ½ cawan gula pasir

Cara penyediaan:

  1. Lenyek pisang hingga hancur dan lumat, dan masukkan semua bahan mengikut sukatan yang dietetapkan.
  2. Sediakan kukusan hingga mendidih dahulu. Barulah masukkan lepat pisang tadi, kukus 20 minit atau hingga masak.

Resepi Lepat Pisang Oleh Nor Hafiza Ghazali

Bahan-bahan:

  • 15 pisang (dilenyek)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam secubit
  • ½ cawan
  • 2 sudu besar biji sagu
  • Daun pisang (dilayur)

Cara penyediaan:

  1. Untuk resepi ini mudah sahaja, masukkan semua bahan-bahan mengikut sukatan yang ditetapkan. Kukus hingga 30 minit atau hingga masak. Siap dihidang untuk sarapan pagi.

Resepi Lepat Pisang Oleh Azian Rahmat

Bahan-bahan:

  • Pisang emas
  • Santan
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Garam sedikit

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan lenyek pisang emas hingga semunya hancur dan lumat.
  2. Masukkan semua bahan tadi, kacau hingga sebati.
  3. Untuk tepung pastikan masuk sikit-sikit. Jika keras boleh tambah air.
  4. Masukkan adunan tadi ke dalam kulit pisang.
  5. Masak dengan kukus selama 30 minit

Resepi Lepat Pisang Mudah Oleh Wawa Shawati

Bahan-bahan:

  • 12 biji pisang berangan
  • 1 ½ cawan gula
  • Garam secubit rasa
  • 3 senduk sagu
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan santan
  • Daun pisang

Cara penyediaan:

  1. Lenyek pisang hingga hancur.
  2. Masukkan gula dan garam, kacau lagi
  3. Untuk sagu, rendam dahulu selama setengah jam. Barulah masukkan ke dalam adunan.
  4. Masukkan tepung gandum, kacau jangan bagi berketul.
  5. Masukkan santan, kalau terlalu lembik masukkan tepung.
  6. Masukkan 2 sudu adunan ke dalam daun pisang. Kukus selama 15 minit. Siap dihidang!

Resepi Pisang Lepat Oleh Ameera

Bahan-bahan:

  • 3 sikat pisang
  • 2 sudu besar gula
  • 3 cawan tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Leneyekkan pisang hingga hancur, masukkan gula dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga semuanya sebati. 
  3. Letak adunan diatas daun pisang, letak kerisik atas adunan tadi. Balut dan sedia untuk kukus.
  4. Kukus selama 15 minit. Siap dihidang!

Resepi Lepat Pisang Hitam Oleh Nur Hidayah

Bahan-bahan:

  • 3 cawan pisang lenyek
  • 1 cawan santan pekat
  • Setengah cawan tepung beras
  • Setengah cawan tepung gandum
  • Secawan gula
  • Jagung
  • Garam
  • Ubi keledek (dipotong dadu)
  • Sagu (rendam 10 minit)

Cara penyediaan:

  1. Gaul semua bahan-bahan hingga sebati, balut dengan daun pisang. 
  2. Rahsia untuk dapatkan lepat pisang warna hitam adalah dengan kukus selama 2 jam. 
  3. Kukus adunan tadi hingga masak. Pisang lepat akan bewarna hitam dan lebih sedap.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Lepat pisang adalah makanan tradisi orang melayu sejak dahulu lagi. Terdapat banyak lagi olahan yang boleh dibuat terutamanya dari segi inti lepat pisang. Anda boleh letak parut kelapa, biji sagu, ubi keledek, kekacang, dan banyak lagi selagi enak untuk dimakan. Nak lebih resepi enak dan mudah dibuat? Teruskan membaca slot resepi churros. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version