Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan Confirm Menjadi

Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 25 minit

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi kuih kaswi sukatan cawan adalah resepi yang mudah untuk dicuba di rumah. Ramai yang belum tahu kuih kiswi ini sangat mudah untuk dibuat dan enak untuk dimakan. Kuih ni boleh dijadikan menu sampingan untuk seisi keluarga. 

Kalau korang nak cuba buat resepi kuih kaswi boleh tengok perkongsian daripada saudari NorDiana Mat Desa ini. Resepi ini adalah mengikut sukatan cawan yang mana mudah untuk diikuti untuk hasil yang hampir sama dan sedap.

Baca juga artikel : Resepi Kuah Rojak

Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar air kapur (secubit kapur/sesudu air kapur yang siap dibancuh)
  • 1 cawan gula merah
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 5 cawan air
  • Kelapa parut yang putih saja + garam (kukus sekejap untuk tahan lama)

Cara Penyediaan:

  1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak atas api sekejap untuk hancurkan gula. Tambah sehelai daun pandan untuk aroma. Biarkan sejuk sekejap.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, dan air kapur dengan 3 cawan air. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan air gula yang telah sejuk tadi ke dalam campuran tepung. Tapis campuran ini untuk memastikan tiada ketulan.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8×8 yang telah disapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 30 – 40 minit sehingga masak.
  5. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong. Untuk potongan yang cantik, gunakan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
  6. Gaulkan potongan kuih dengan kelapa parut yang telah dikukus dengan sedikit garam.

Tips:

  1. Potongan Cantik: Tunggu kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong. Gunakan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak untuk mendapatkan potongan yang cantik.
  2. Kelapa Tahan Lama: Kukus kelapa parut dengan sedikit garam untuk memastikan ia tahan lama dan tidak cepat basi.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top