Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 25 minit
Menu: 10+ orang
Kalau pergi utara tak sah kalau tak cuba rojak kat sana, kena pulak kalau kuah dia pekat, rasa pon sedap mesti nak cuba buat sendiri kan? Rupanya banyak je resepi yang dikongsikan warganet untuk resepi kuah rojak ni, salah satu adalah daripada saudari Nor Hafiza Ghazalini.
Nak buat kuah rojak ni sebenarnya mudah je dengan campuran bahan-bahan yang ada di dapur je. Bila buat sendiri ni lagi mudah dan boleh buat rasa dia ikut selera, nak pedas boleh, nak manis pon boleh. Jom tengok resepi ni:
Baca juga artikel : Resepi Ketam Telur Masin
Bahan:
- 1 kg sos cili (paket) – Kimball
- 1 botol kicap pekat (500ml) – Jalen
- 1 bekas otak udang @ petis udang
- 1 kg gula
- 2 paket kecil serbuk cili (tambah jika suka pedas)
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Bijan (sangai dulu)
- Serbuk kacang tanah (ikut suka nak banyak mana)
Cara Penyediaan:
- Campurkan semua bahan kecuali bijan dan serbuk kacang ke dalam periuk.
- Masak atas api perlahan sehingga kuah sedikit pekat. Jangan biarkan terlalu pekat kerana kuah akan menjadi lebih pekat apabila sejuk.
- Setelah kuah sedikit pekat, masukkan bijan yang telah disangai. Biarkan kuah sejuk.
- Setelah kuah sejuk, masukkan separuh daripada serbuk kacang tanah dan kacau hingga sebati.
- Simpan separuh lagi serbuk kacang untuk ditabur semasa menghidang.
Tips:
- Kawal Kepedasan: Tambah atau kurangkan serbuk cili mengikut tahap kepedasan yang diinginkan.
- Kawal Kepekatan: Jangan terlalu pekatkan kuah semasa memasak kerana ia akan menjadi lebih pekat apabila sejuk.
- Simpan dengan Betul: Simpan kuah dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia tahan lama.
Kredit Nor Hafiza Ghazali
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.