Resepi Churros

resepi churros
Resepi.me / Resepi Kuih / Resepi Churros

Resepi churros adalah satu hidangan sampingan yang popular di negara eropah dan semakin diminati di Malaysia. Jika di Malaysia ada cucur @ jemput, di negara mat salleh pula ada churros. Ia sesuai dijadikan menu sampingan atau menu untuk makan ringan di masa lapang. Di dalam slot kali ini kami kongsikan kepada anda resepi cara untuk buat churros.

Selain daripada menu hidangan seperti cucur, anda juga boleh jadikan churros ini sebagai hidangan untuk keluarga anda. Yang bagusnya kuih ini boleh disimpan dan boleh dinikmati di lain hari. Bagi anda yang mencari barangan dapur murah, anda boleh terus ke hujung artikel ini untuk tebus voucher Shopee percuma

8 Koleksi Resepi Churros Mudah & Sedap

Berikut adalah beberapa koleksi resepi untuk menghasilkan churros yang sedap dan mudah. Resepi ini adalah perkongsian daripada warganet yang dibuat sendiri di rumah, jadi anda juga boleh mencuba sendiri di rumah tanpa memerlukan alatan yang mahal. Jom baca hingga habis..

Resepi Churros Mudah Oleh Umie Nurhayati

Bahan churros: 

  • 150ml air biasa, voleh guna fresh milk
  • 20gm gula kastor
  • 50gm mentega
  • 110gm tepung gandum
  • 2 biji telur

Bahan lain:

  • 1 sudu kecil emalco (Churros coklat)
  • 1 sudu kecil red velvet emalco (Churros red velvet)
  • 1 sudu kecil tea emalco (Churros green tea)

Cara penyediaan:

  1. Masak air, gula, dan mentega hingga cair dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan perisa mana yang anda nak buat.
  3. Masukkan tepung, gaul agar adunan tidak melekat pada kuali. Biarkan sejuk selama 10 minit.
  4. Setelah sejuk, masukkan telur satu persatu, kacau hingga rata.
  5. Gunakan piping bag, masukkan adunan dan gunakan nozel kuih semprit. Potong hujung dengan gunting.
  6. Panaskan minyak dan boleh terus paipkan adunan ke dalam kuali, biarkan warna bertukar menjadi perang boleh angkat.

Resepi Churros Coklat Oleh Asma Mohamed

Bahan-bahan:

  • 1 Cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan MyCoklat
  • 2 sudu besar Marjerin
  • 2 biji Telor A
  • 1 cawan Air
  • 1 sudu besar Susu Pekat
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • Minyak masak

Bahan Sos Coklat:

  • 1/2 cawan MyCoklat
  • 4 sudu besar Susu Pekat
  • 2 sudu besar Serbuk Koko
  • 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 1 cawan Air

Bahan Gula Kayu Manis:

  • 1/2 sudu kecil serbuk Kayu Manis
  • 2 sudu besar Gula Pasir

Cara penyediaan:

  1. Buat serbuk gula kayu manis dahulu, serbuk kayu manis campur bersama gula pasir. Kisar hingga halus. siap.
  2. Masak air, MyCoklat, marjerin dan susu pekat hingga semuanya sebati.
  3. Selepas mendidih, masukkan tepung. Perlahankan api dan kacau agar adunan tidak bergumpal.
  4. Sejukkan dahulu sebelum masukkan telur ke dalam adunan tadi. 
  5. Masukkan vanila esen dan pukul hingga sebati.
  6. Piping bag, guna nozel bintang dan masukkan adunan. Boleh terus picit adunan ke dalam minyak yang telah panas. 
  7. Selepas siap boleh gaulkan dengan gula kayu manis. 
  8. Untuk sos coklat boleh campurkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Masak di atas api yang perlahan dan kacau hingga pekat.

Resepi Churros Coklat Oleh SitiNorhafiza AbdulRazak

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 1 camca gula
  • 2 sudu besar butter
  • garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air, butter, dan gula hingga semuanya cair dan sebati.
  2. Masukkan tepung dan serbuk baking, kacau dengan api yang perlahan hingga menjadi seperti doh.
  3. Tutup api biarkan sejuk seketika, masukkan telur kacau sebati.
  4. Guna piping bag, masukkan adunan dan picit terus ke dalam minyak goreng yang telah dipanaskan.
  5. Untuk coklat dip, campurkan coklat beryls, susu segar, dan susu pekat. Kacau sebati dan bakar dalam oven selama 2 minit.

Resepi Churros Oleh Ain Kamal

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 cawan tepung 
  • 2 biji telur
  • 1 vanila esen

Cara penyediaan:

  1. Masak air, gula, dan minyak hingga mendidih
  2. Tutup api, masukan tepung, vanilla esen, dan telur
  3. Isi adunan dalam piping bag, picit terus ke dalam minyak goreng. 
  4. Boleh dihidang bersama coklat syrap.

Resepi Churros Simple Oleh Fainda Farahin Fainda Farahin

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar Butter
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Cair mentega bersama air, gula dan garam. Selepas semuanya sebati tutup api.
  2. Masukkan tepung gandum, serbuk baking dan kacau hingga sebati. Masukkan telur akhir sekali. Kacau lagi.
  3. Sediakan piping bag dengan nozel bintang, picit terus ke dalam minyak untuk goreng.
  4. Apabila sudah siap boleh taburkan gula dan cicah dengan nuttella. 

Resepi Churros Simple Oleh Rosmita Ismail

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 1 sudu gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu marjerin
  • 1 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Didhkan air dalam kuali, masukkan gula, garam dan marjerin. Tutup api apabila semuanya sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau agar jangan bagi melekat. Masukkan telur dan kacau hingga menjadi adunan.
  3. Masukkan dalam piping bag, boleh picit terus ke dalam minyak goreng. Siap dihidang!

Kueh Belimbing @ Churros Oleh Pn Habsah Ngah

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum (diayak dahulu)
  • 1 sudu kecil serbuk baking (diayak dahulu)
  • 4 cawan air
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 3 biji telur gred A
  • Sedikit garam
  • esen vanila

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air, masukkan marjerin, gula, garam, dan esen vanila. Biarkan adunan mendidih.
  2. Perlahankan api, masukkan tepung kacau sampai sebati tiada berketul.
  3. Tutup api, tuang adunan ke dalam bekas.
  4. Masukkan telur satu persatu, kacau sebati. Boleh guna mixer kalau nak mudah.
  5. Rehatkan 20 minit, baru boleh picit guna piping bag. Guna gunting untuk potong adunan churros.
  6. Taburkan gula halus kalau nak rasa manis. Selamat mencuba!

Churros Simple Oleh Ain Kamis

Bahan-bahan:

  • 1½ cawan air 
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin @ butter 
  • garam 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 biji telur 
  • esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Masak air, gula, butter, dan garam hingga sebati dan mendidih. Matikan api.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi adunan.
  3. Biarkan sejuk, masukkan telur dan esen vanila, kacau hingga sebati.
  4. Piping dengan menggunakan nozel bintang (apa-apa bentuk boleh). Picit terus ke dalam minyak goreng. Gunakan api yang sederhana sahaja.
  5. Masak hingga warna perang, toskan dan salugt dengan gula kastor atau dip dengan coklat.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Mudah kan nak buat churros? Boleh dikatakan bahan yang diperlukan adalah bahan yang ada di dapur rumah sahaja. Anda boleh olah lagi resepi seperti taburkan gula halus, garam, atau boleh guna nutella sebagi sos dipping semasa menikmati churros ini. Kalau lebih boleh simpan untuk makan lain hari. Jom belajar resepi congo bar mudah dan sedap!

error: Content is protected !!
Exit mobile version