Resepi Ikan Gelama Bekok Original Kelantan

Resepi Ikan Gelama Bekok

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 4 Jam

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-6 orang

Korang biasa tak dengar resepi ikan gelama bekok? Maksud bekok itu adalah “bengkak” dalam bahasa kelantan. Ikan gelama bekok ni sangat popular di pantai timur terutamanya di kelantan, ia lauk tradisi yang popular selain ikan masin. Ikan gelama bekok ni enak digoreng dan dimakan bersama nasi putih.

Kalau korang tinggal di luar kelantan dan nak cuba buat ikan gelama bekok ni boleh tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Anna Mariana. Resepi ini sangat simple dan ia asal asli dari kelantan, caranya ada di bawah:

Bahan-bahan:

  • Ikan gelama segar
  • Garam secukupnya
  • Bawang merah (dihiris)
  • Cili padi (dihiris)

Cara Penyediaan:

  1. Cuci ikan gelama dengan bersih dan lumurkan dengan garam secukupnya.
  2. Jemur ikan di bawah cahaya matahari selama 3 hingga 4 jam.
  3. Setelah itu, biarkan ikan di atas meja semalaman sehingga ia menjadi bengkak.
  4. Keesokan harinya, susun ikan dalam bekas yang bersih dan simpan di dalam peti sejuk biasa (bukan di dalam freezer).
  5. Apabila ingin makan, goreng ikan hingga garing dan taburkan hirisan bawang merah serta cili padi.

Tips:

  1. Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, pastikan ikan dijemur di bawah cahaya matahari yang terik.
  2. Simpan ikan bekok dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya lebih lama.
  3. Jangan terlalu banyak menggunakan garam agar ikan tidak terlalu masin.

Nota: Ikan bekok ini berbeza dengan ikan pekasam kerana proses penyediaannya hanya menggunakan garam dan pendedahan kepada udara. Resepi ini amat popular di pantai timur dan terdapat pelbagai cara penyediaan lain yang boleh anda cuba.

Kredit Anna Mariana

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top