Resepi Gulai Ayam Terengganu Rempah Gulai Cap Bunga Rose

Resepi Gulai Ayam Terengganu

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 35 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-6 orang

Salah satu menu hidangan orang terengganu yang unik adalah resepi gulai ayam terengganu. Keunikan hidangan ini adalah pada rempah gulainya yang menggunakan rempah jenama Bunga Rose dalam proses memasak. Resepi gulai ini juga boleh menggunakan lauk ikan sebagai hidangan utama lauk. Jom lihat resepi gulai ayam terengganu yang dikongsikan oleh saudara Salwani Awang ini.

Untuk buat resepi ini wajib menggunakan rempah gulai jenama Bunga Rose agar ia lebih sedap dan mempunyai roma gulai yang tersendiri.

Bahan:

  • 1 ekor ayam, dipotong kecil
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga)
  • 3 sudu besar cili boh (ikut kepedasan)
  • 1 senduk rempah gulai (Jenama Bunga Rose)
  • ½ senduk rempah masak
  • Santan secukupnya
  • Cili api (pilihan)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang besar, dan bawang putih hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, dan pelaga hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan wangi.
  4. Tumis cili boh hingga pecah minyak.
  5. Masukkan rempah gulai (Jenama Bunga Rose) dan rempah masak, tumis lagi hingga pecah minyak.
  6. Tambahkan ayam dan tumis hingga separuh masak. Masukkan sedikit air untuk meratakan ayam, biarkan mendidih seketika.
  7. Masukkan santan dan sedikit air mengikut kepekatan yang diinginkan. Tambah cili api jika suka pedas.
  8. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga ayam empuk dan kuah mendidih sempurna.
  9. Angkat dan hidangkan gulai ayam panas-panas.

Tips:

  1. Tumis rempah hingga pecah minyak untuk menaikkan aroma dan rasa.
  2. Untuk lebih pedas, tambahkan cili api semasa menumis.
  3. Gulai lebih enak jika dimasak lebih lama dengan api perlahan supaya rempah meresap ke dalam ayam.

Kredit Salwani Awang

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top