Senarai Peralatan Dapur Yang Wajib Ada di Rumah

Bagi para wanita sudah semestinya inginkan dapur yang cantik dan kemas serta dilengkapi dengan senarai peralatan dapur untuk kegunaan harian. Kini terdapat banyak alatan-alatan dapur yang perlu ada untuk memudahkan kerja dapur anda. Dalam artikel ini membincangkan senarai peralatan dapur yang wajib ada di rumah

Alatan dapur dan fungsinya

Dapur masak

Sudah semestinya dalam senarai peralatan dapur yang paling utama yang perlu ada di dapur adalah dapur masak. Terdapat 2 jenis dapur masak iaitu dapur masak menggunakan gas dan dapur masak elektrik. Anda boleh memilih berdasarkan rujukan anda yang mana lebih sesuai untuk anda kerana kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan. 

Dapur masak gas memerlukan adalah dapur masak yang ramai digunakan. Ini kerana dapur jenis ini lebih rendah kos kerana menggunakan sumber gas, namun dapur jenis ini memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan kekal bersih.

Dapur masak elektrik pula sangat mudah untuk dijaga kerana dapur ini tidak melibatkan sebarang sambungan wayar sebaliknya yang perlu hanyalah sambungkan pada suis elektrik untuk digunakan. Namun dapur elektrik ini memerlukan penggunaan elektrik yang tinggi menjadi ia agak tinggi kos penggunaan.

Pinggan dan gelas

Kelengkapan pinggan dan gelas adalah wajib di dapur setiap rumah dan termasuk dalam senarai peralatan dapur, seeloknya belilah pinggan dan gelas dalam satu set kerana harganya lebih murah berbanding belian asing-asing. Terdapat banyak jenis set pinggan dan gelas yang dijual dalam bentuk gelas atau plastik. Anda boleh pilih set pinggan dan gelas ini mengikut corak atau tema dapur anda. 

Periuk nasi elektrik

Hampir kesemua rumah sekarang menggunakan periuk nasi elektrik untuk tanak nasi berbanding ketika dahulu hanya menggunakan bekas keluli sahaja untuk tanak nasi. Periuk nasi elektrik kini boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Pastikan juga anda memilih periuk nasi elektrik yang berkualiti agar lebih tahan lama. 

Seeloknya juga anda membeli periuk nasi yang saiz besar agar memudahkan kerja masak nasi untuk keperluan ramai. Percaya atau tidak kini anda boleh membeli periuk nasi dalam atas talian pada harga berpatutan maka dengan itu periuk nasi elektrik termasuk dalam senarai peralatan dapur

Water heater @ penapis air

Jika dulu isi rumah hanya bergantung kepada cerek untuk memasak air minuman, kini terdapat pelbagai jenis water heater yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Peralatan pemanas air ini penting bagi memudahkan kerja-kerja harian wanita untuk memasak dan termasuk dalam senarai peralatan dapur. Jika ingin lebih mudah lagi boleh dapatkan penapis air coway atau cuckoo yang dijamin berkualiti dan bagus.

Tisu atau kain lap

Walaupun dianggap remeh hakikatnya tisu dan kain lap wajib ada di dapur setiap rumah. Dengan adanya tisu pakai buang dab kain lap ini memudahkan kerja-kerja membersihkan dapur anda. Harus dingat dapur adalah tempat mesak yang sentiasa akan kotor juka tidak dijaga.

Peti ais

Peti ais juga adalah alatan yang wajib ada di setiap rumah. Dengan kemudahan peti ais ini membolehkan barang basah seperti ayam, ikan, daging dan sayur disimpan dalam tempoh masa yang lama. Selain itu, peti ais juga boleh menyimpan makanan yang belum habis dimakan dan boleh dimakan keesokan hari dengan hanya perlu memanaskan sahaja.

Ketuhar

Jika anda inginkan hidangan yang cepat yang ringkas, maka anda perlu mempunyai ketuhar di dapur anda. Ketuhar boleh digunakan untuk memanaskan makanan pre cook atau boleh juga memasak hidangan utama. Terdapat banyak jenis ketuhar yang termasuk senarai peralatan dapur di pasaran anda boleh membeli pada harga yang berpatutan. 

Tupperware

Tupperware adalah alatan yang wajib ada di dapur setiap rumah. Dengan adanya tupperware ini memudahkan barang-barang dapur disimpan dengan teratur. Tupperware boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna, anda boleh memilih berdasarkan corak dan warna yang sesuai dengan tema dapur anda. Senarai peralatan dapur yang wajib ada adalah ketuhar

Pengisar @ blender

Jika dahulu orang menggunakan lesung untuk menghancurkan makanan, namun kini lebih mudah dengan adanya pengisar elektrik @ blender. Dalam menu masakan melayu memerlukan untuk menghancurkan bahan-bahan masakan hingga lumat dan sebati, dengan menggunakan blender kerja-kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat.  

Kuali untuk memasak

Apabila hendak memasak anda juga memerlukan kuali mengikut kesesuaian anda. Terdapat dua jenis kuali yang boleh anda pilih pertama kuali biasa dan kedua kuali non stick pan. Perbezaan kedua-dua kuali ini adalah non stick pan mempunyai permukaan yang tidak melekat berbanding kuali biasa. Anda boleh membeli pelbagai jenis kuali ini dengan harga berpatutan di dalam talian seperti shopee.   

Dapatkan pelbagai barangan dapur pada harga murah di shopee.
Link shopee : https://shp.ee/i3x9hib

Akhr kata

Setiap dapur memerlukan peralatan yang sesuai dengan tema dan keperluan aktiviti dapur anda. Pemilihan peralatan dan aksesori dapur juga memainkan peranan penting untuk mencantikan dapur dan memudahkan kerja-kerja dapur anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top