List Barang Dapur Yang Wajib Ada di Rumah

Apakah list barang dapur yang wajib ada di rumah anda? Setiap isi rumah memerlukan barang dapur yang cukup untuk memastikan sentiasa berasap. Dapur adalah tempat masak bagi setiap rumah. Pemilihan barang-barang dapur hendaklah dibuat dengan bijak agar sesuai dengan hidangan masakan harian anda. Apakah barang dapur yang perlu ada di dapur?

Di alam artikel ini membincangkan list barang dapur yang wajib ada di setiap rumah.

Sebelum pergi ke pasaraya atau membeli barang dapur, anda harus terlebih dahulu menyediakan senarai barang dapur yang ingin dibeli. Ini akan memudahkan anda semasa di pasaraya dan juga mengira kewangan anda agar mencukupi. List barang dapur yang wajib ada adalah seperti berikut:

Beras

Beras ialah keperluan bagi semua orang di dunia, beras adalah makanan rutin yang harian yang diambil hampir kesemua orang. Maka barang dapur yang pertama perlu dibeli sudah semestinya beras.

Gas masak

Untuk memasak anda perlu mempunyai dapur yang membolehkan anda memasak, maka anda perlulah meletakkan gas masak sebagai barang dapur yang perlu ada sepanjang masa. 

Buah buahan

Dalam pengambilan makanan harian anda juga perlu menyediakan buah buahan yang segar untuk keperluan serat seisi keluarga. Buah buahan juga menjadi tarikan kepada kanak-kanak dalam pengambilan serat kerana kanak-kanak kurang menggemari sayur.

Sayur sayuran

Sayur-sayuran adalah barang basah yang wajib ada dalam setiap hidangan keluarga anda. Sayur adalah sumber serat dan kaya dengan vitamin yang perlu untuk tubuh manusia.

Gula dan garam

Bagi memastikan masakan anda lebih sedap anda wajib ada gula dan garam di dapur anda. Bahan dapur ini lebih baik berbanding serbuk ajinamoto sebagai penambah rasa hidangan kerana ajinamoto mempunyai kandungan kimia tidak elok untuk badan.

Makanan tin

Jika anda inginkan masakan yang cepat maka anda juga wajib menyimpan makanan yang telah di tinkan. Antara makanan tin yang popular adalah ikan sardin yang ditinkan. Ini juga wajib ada di dapur anda jika anda ingin cepat dalam menghidang makanan anda.

Biskut

Biskut kering juga wajib ada di dapur anda untuk mengisi masa snecking anda. Pada waktu malam anda inginkan makanan ringan untuk menguyah, maka anda harus ada biskut di dapur

Teh dan kopi

Terdapat banyak jenis teh dan kopi yang boleh menjadi pilihan sebagai list barang dapur yang wajib ada di rumah. Anda hanya perlu memilih salah satu sahaja untuk disimpan di dapur anda dan boleh dinikmati seisi keluarga

Tisu dan kain lap

Tisu juga benda wajib di dapur kerana dalam harian di dapur anda anda perlu kain atau tisu pakai buang untuk mengemas dan membersihkan dapur anda.  Ini penting untuk memastikan dapur anda sentiasa bersih.

Minyak masak

Minyak masak wajib ada dalam list barang dapur yang wajib ada di rumah. Hampir kesemua masakan anda memerlukan minyak untuk dimasak. Terdapat pelbagai jenis minyak dengan kadar kesihatan masing-masing. Anda boleh memilih berdasarkan bajet kewangan anda. 

Ayam

Ayam adalah barang basah yang wajib ada di dapur. Hampir semua isi rumah kini memakan ayam dalam hidangan harian mereka. Maka pilihlah ayam sebagai lauk harian anda.

Ikan

Selain ayam, ikan juga barang basah yang termasuk dalam list barang dapur yang wajib ada. Terdapat banyak jenis ikan yang dijual di pasaraya anda hanya perlu memilih jenis ikan untuk dimasak sebagai lauk pilihan anda. 

Telur

Telur adalah sumber protein yang tinggi dan mudah didapati. Telur sering juga dijadikan bahan sebagai lauk, terutamanya bagi mereka yang masih bujang dan mahukan hidangan yang cepat dan ringkas.

Daging

Daging juga adalah sumber protein yang bagus untuk manusia. Terdapat masakan-masakan melayu yang menggunakan daging sebagai lauk utama seperti masak merah dan masak kicap.

Roti dan jem

Selain biskut, roti juga termasuk dalam list barang dapur yang wajib ada. Biasanya untuk makan ringan pada waktu malam roti dan jem adalah makanan yang terbaik. 

Tepung

Tepung juga barang dapur yang wajib ada setiap masa. Kebiasaannya tepung ini digunakan untuk masak ayam goreng atau boleh juga dibuat cucur untuk sarapan pagi.

Sos dan kicap

Kicap dan sos juga penting dalam masakan, maka setiap dapur harus mempunyai bahan-bahan ini. Kicap banyak digunakan di dalam masakan manakala sos seperti sos tomato dan sos cili juga perlu sebagai penyedap rasa dalam masakan.

Bawang

Dalam masakan melayu, barang adalah bahan yang selalu digunakan. Terdapat pelbagai jenis bawang yang digunakan dalam masakan, yang paling popular adalah bawang holland kerap kali digunakan dalam masakan.

Rempah

Rempah adalah satu bahan yang termasuk list barang dapur yang wajib ada. Ramuan rempah ini yang memberi rasa sedap dalam masakan-masakan melayu.

Kunyit

Kunyit banyak digunakan dalam masakan melayu terutamanya dalam hidangan berempah. Kunyit ini sangat sinonim dengan resepi masak lemak kerana campuran rasa dan warna kuningnya.

Halia

Selain kunyit halia juga barang yang perlu ada dalam list barang dapur yang wajib ada. Kebaikan halia ini untuk mengeluarkan angin dalam badan selain sebagai penambah rasa dalam masakan.

Ubi kentang

Ubi kentang juga wajib ada di dapur. Dengan adanya ubi kentang ini anda boleh merebus dan makan begitu sahaja. Selain itu anda juga boleh membuat cucuk ubi atau fries di masa lapang anda.

Limau nipis

Limau nipis ini perlu ada di dapur kerana boleh berfungsi sebagai asid semulajadi dalam masakan anda. Asid ini berfungsi memberi rasa dalam kuah dan masakan anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan limau nipis untuk air limau.   

Cuka

Cuka juga wajib ada di dapur anda sebagai penambah rasa dalam masakan. Terdapat juga cuka yang boleh diambil begitu sahaja seperti cuka epal. 

Tupperware

Tupperware adalah bahan yang wajib ada di dapur anda untuk memudahkan anda menyimpan bahan-bahan dapur anda. Seeloknya sediakan bekas yang kecil-kecil mudah untuk mengasingkan makanan anda. 

Makanan sejuk beku

Untuk lebih mudah dalam masakan harian anda juga boleh menyediakan makanan sejuk beku seperti ayam goreng, kentang goreng, nugget. Apa yang anda perlu  buat untuk makan adalah dengan goreng sahaja makanan sejuk beku dan hidangkan.

Mentega

Selain minyak masak, anda juga boleh menggunakan mentega untuk memasak. Mentega juga boleh disalut dan makan bersama roti. Boleh juga membuat roti bakar dengan menggunakan mentega, maka dengan itu mentega termasuk dalam list barang dapur yang wajib ada.

Dapatkan pelbagai barangan dapur pada harga murah di shopee.
Link shopee : https://shp.ee/i3x9hib

Akhir kata

Barang dapur adalah keperluan untuk setiap isi rumah maka anda harus bijak dalam menyenaraikan barang-barang dapur yang wajib ada di dapur anda. Semoga senarai-senarai di atas sedikit sebanyak membantu anda dalam pembelian barang dapur.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top