Jenis-Jenis Rempah Ratus dan Kegunaannya

Resepi.me / bahan asas masakan / Jenis-Jenis Rempah Ratus dan Kegunaannya

Terdapat pelbagai jenis rempah ratus yang digunakan di dalam masakan segenap dunia. Jenis rempah ratus ini terbukti mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Sejak dari dahulu lagi pelbagai bahan-bahan semulajadi digunakan dalam masakan dan juga perubatan yang kini dipanggil sebagai rempah masakan. 

Di dalam artikel ini membincangkan jenis rempah ratus beserta khasiatnya.

Bunga cengkih @ Clove

Bunga cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica adalah sejenis rempah yang digunakan sejak zaman tradisional lagi. Pokok ini mempunyai kuntum bunga yang dikeringkan untuk tujuan masakan.

Keistimewaan bunga cengkih adalah mempunyai aroma wangi walaupun dikeringkan. jenis rempah ratus ini boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti ditumis, direbus, ditanak dengan nasi, dan boleh juga dikisar untuk dijadikan bahan perap ayam dan daging. Bunga cengkih juga boleh dibuat minyak untuk tujuan perubatan tradisional.

Kulit kayu manis @ Cinnamon

Kulit kayu manis atau nama saintifiknya Cinnamomum zeylanicum adalah berasal dari keluarga lauraces. Kulit kayu manis ini secara semulajadinya mempunyai aroma wangi, aroma wangi ini boleh dihidu sebaik sahaja ia diambil dari pokoknya. Jenis rempah ratus ini sesuai dijadikan bahan tumis dalam masakan. 

Kulit kayu manis boleh dibuat minyak untuk tujuan rawatan jangkitan kulat. Kajian mendapati kulit kayu manis ini mempunyai bahan anti mikro yang boleh melawan jangkitan kulat.

Buah pelaga @ Cardamon

Buah pelaga merupakan buah yang terkenal dengan aroma wangi sebagai perisa masakan. Jenis rempah ratus ini juga sering digunakan untuk resepi membuat sup. Bagi masyarakat India buah pelaga ini digunakan dalam resepi membuat manisan. Manakala bagi orang timur tengah menggunakan buah pelaga dalam minuman teh.

Buah pelaga juga dikatakan boleh membantu sistem pencernaan seperti membuang angin berlebihan dan melawaskan pembuangan air kecil.

Bunga lawang @ Star Anise

Bunga lawang atau dikenali dengan nama saintifik illicium verum adalah rempah yang digunakan di dalam sejak turun temurun. Jenis rempah ratus ini mempunyai aroma yang harum walaupun belum dimasak. Sesuai dengan namanya yang berbentuk bintang dan bewarna coklat kehitaman. Pada jalur bintangnya mempunyai biji benih yang terselit bewarna coklat. 

Walaupun kecil, bunga lawang ini mempunyai kandungan yang membantu dalam proses pencernaan manusia. Petua orang dahulu meminum air rebusan bunga lawang untuk kesihatan perut dan kulit.

Ketumbar dan daun ketumbar @ Coriander

Ketumbar atau nama saintifknya coriandrum sativum adalah sejenis tumbuhan yang unik, ini kerana hampir kesemua bahagian pokok daun, batang, biji, dan akarnya digunakan di dalam masakan mahupun perubatan. Namun untuk masakan jenis rempah ratus ini, daun dan biji ketumbar yang paling kerap digunakan.

Biji ketumbar berbentuk bulat warna coklat kehitaman manakala daun pula berwarna hijau. Kedua-kedua mempunyai aroma wangi sesuai untuk masakan. Kandungan ketumbar yang kaya dengan mineral seperti fosforus, magnesium, kalsium, potassium, dan juga vitamin A, B, C, dan K.

Jintan manis @ Fennel

Jintan manis adalah bahan masakan yang tidak asing lagi di malaysia. Jintan manis ini sangat kerap digunakan di dalam masakan seperti menu kari dan sup. Nama saintifik jintan manis adalah foeniculum vulgare, dikatakan berasal dari selatan eropah seperti timur tengah, china, dan turki. 

Jenis rempah ratus ini mempunyai pokok yang berupaya untuk tumbuh setinggi 2 meter. Biji jintan diperoleh apabila terhasilnya biji di dalam bunga pokok jintan manis. Pokok jintan manis ini mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan. Antaranya vitamin B dan A, zat besi, magnesium, dan zink

Jintan putih @ Cumin

Jintan putih adalah rempah yang mempunyai aroma yang wangi, namun rasa mentahnya pahit. Nama saintifiknya Cuminum cyminum di dalam bahasa melayu dipanggil jintan putih. Perbezaan jenis rempah ratus ini dengan jintan manis adalah melalui warnanya, jintan putih lebih putih berbanding jintan manis. 

Kedua-dua jintan ini sangat kerap digunakan sebagai menu untuk perapan. Jintan ini akan dikisar hingga hancur kemudian dicampur dengan bahan perapan lagi.

Buah keras @ Candlenut

Buah keras juga dikenali sebagai aleurites moluccanus biasa digunakan di dalam masakan sebagai agen untuk memekatkan kuah. Jenis rempah ratus ini akan dikisar terlebih dahulu bersama-sama bahan masakan yang lain, fungsinya akan memekatkan kuah disamping memberi rasa yang enak untuk dimakan. 

Buah keras mengandung kandungan serat yang tinggi, maka dengan pengambilan buah keras dalam menu masakan secara tidak langsung membantu dalam proses pencernaan badan manusia.

Daun kari @ Curry Leaf

Pokok daun kari banyak ditanam di kawasan-kawasan kampung untuk tujuan masakan harian seisi keluarga. Selain aromanya yang wangi, pokok ini juga banyak khasiat untuk kesihatan. Dalam masakan daun kari biasanya ditumis untuk memberikan aroma pada masakan selain digunakan sebagai penghias hidangan.

Daun kari mempunyai kandungan anti oksida yang bagus untuk organ tubuh terutamanya organ pencernaan. Selain itu jenis rempah ratus ini juga membantu mengurangkan masalah kembung perut, ulser perut, dan bacaan kolestrol tidak stabil. 

Biji sawi @ Mustard Seeds

Biji sawi adalah biji yang diperoleh dari pokok mustard. Nama saintifiknya Brassica nigra, jenis rempah ratus ini biasa digunakan dalam hidangan orang melayu dan India. Biji sawi ini biasanya ditumis minyak atau ditumis kering bagi mengeluarkan aroma wanginya. 

Rasanya yang sedikit pedas dan bersifat panas biasa digunakan dalam ramuan membuat rempah untuk masakan. Biji sawi ini sudah pasti mempunyai khasiat antaranya melancarkan sistem pencernaan.

Lada hitam @ Black Pepper

Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum adalah biji yang berwarna coklat kehitaman. Lada hitam biasanya digunakan sebagai perasa bagi hidangan. Tekstur rasanya yang memberi sedikit rasa pedas dan dingin menjadikan jenis rempah ratus ini disukai ramai.

Lada hitam adalah rempah yang mengandungi anti radangan yang baik. Proses keradangan akan mengakibatkan seseorang mengalami penyakit seperti angin ahmar, parkinson, malah kanser. 

Biji halba @ Fenugreek

Biji halba sangat sinonim dengan masakan nasi dagang di malaysia, ini kerana dalam nasi dagang terdapat biji halba yang di tanak bersama beras. Jenis rempah ratus ini dikatakan berasal dari timur tengah. Biji halba ini juga sangat senonim dalam masakan orang india dan mesir. 

Khasiat biji halba ini dikatakan boleh membantu organ pencernaan seperti membuang angin berlebihan dan batuk. Biji halba ini juga bagus untuk ibu yang menyusu kerana boleh melancarkan pengeluaran susu ibu. 

Rempah campuran Serbuk kari 

Bagi yang sukakan masakan berempah sudah pastinya sinonim dengan serbuk-sebuk kari yang dijual di pasaran. Serbuk kari adalah campuran pelbagai jenis rempah ratus mengikut kadar yang berbeza-beza bergantung hidangan masakan. Bergantung kepada resepi tertentu, serbuk kari ini mengandungi beberapa rempah yang telah dikisar halus. 

Dengan adanya serbuk kari ini maka proses memasak menjadi semakin mudah kerana semuanya telah tersedia mengikut resepi. Makan tidak hairan banyak jenama-jenama serbuk akri yang dijual di untuk memenuhi permintaan. Antara yang paling popular adalah serbuk kari babas, dan adabi.

Anda juga boleh membeli rempah ratus dengan harga murah di shopee.
Link promo: https://shp.ee/tks8jdu

Akhir kata

Penggunaan pelbagai jenis rempah ratus ini sebenarnya telah diamalkan sejak turun temurun untuk kesihatan dan untuk aroma masakan. Hampir kesemua rempah ratus digunakan di merata negara di dunia. Maka jika anda ingin kan hidangan yang sihat dan enak, boleh menggunakan rempah ratus dalam masakan dan kurangkan penggunaan MSG dll.

error: Content is protected !!
Exit mobile version