Jenis-Jenis Bawang & Kegunaannya

Bawang adalah salah satu dari bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi masakan harian. Khasiat bawang yang membekalkan keperluan vitamin dan mineral untuk badan menjadikan bawang sangat digemari di dalam masakan. 

Di malaysia, bawang digunakan dalam hampir semua masakan-masakan masyarakat malaysia. Di pasar-pasar besar juga menjual pelbagai jenis bawang untuk keperluan harian. Namun tahukah anda jenis bawang yang digunakan di dalam masakan? Di dalam artikel ini membicangkan jenis bawang yang biasa digunakan di dalam masakan.

Bawang besar kuning atau bawang holland @ yellow onion

Bawang holland atau yellow onion ini adalah bawang yang paling banyak digunakan dalam masakan. Ini kerana bawang holland ini mempunyai kandungan gula yang tinggi menjadikan rasanya manis semulajadinya sangat sedap. Disebabkan kandungan gula yang tinggi, bawang holland ini juga akan bertukar tekstur perang dan rangup apabila dimasak.

Selain itu, bawang holland ini dihual dengan harga yang berpatutan berbanding bawang-bawang lain. Bawang ini dikatakan berasal dari eropah terutamanya di US. Namun kini hampir seluruh negara menanam sendiri bawang ini.

Ciri – ciri bawang besar kuning @ bawang holland

  • Jenis bawang besar yang berwarna kekuningan
  • Akan menjadi keperangan apabila dimasak
  • Terkenal dengan rasa manis semulajadi
  • Sesuai untuk masakan tumis, rebus, dan sup

Bawang merah besar @ red onion

Selain bawang holland, bawang merah besar juga adalah jenis bawang besar yang terdapat di pasaran. Bawang ini juga biasa digunakan di dalam masakan kerana aromanya yang wangi, teksturnya juga adalah sangat lembut apabila dimasak. 

Namun rasa manisnya masih kurang berbanding bawang holland kerana kandungan gula semulajadinya sedikit berbanding bawang holland. Bawang besar merah ini juga sangat jarang ditemui di pasaran.

 Ciri – ciri bawang merah besar @ red onion

  • Jenis bawang besar yang mempunyai selaput kulit merah seperti unggu
  • Sukar untuk diperoleh berbanding bawang lain
  • Sesuai untuk dijadikan sebagai salad, seperti campuran dalam salad burger atau topping pizza

Bawang merah kecil @ Shallot

Seperti bawang merah besar, terdapat juga bawang merah yang bersaiz kecil. Bawang ini juga mempunyai rasa yang sama seperti bawang merah besar kecuali saiznya lebih kecil. Rasa bawang merah ini yang lembut dan manis juga menjadikan hidangan masakan sangat enak untuk dimakan. 

Rasanya yang kurang kuat menjadikan bawang ini sesuai dijadikan campuran salad untuk dimakan secara mentah. 

Ciri – ciri bawang merah kecil @ Shallot

  • Jenis bawang yang mempunyai selaput kulit merah dan unggu
  • Mudah diperoleh di pasaran

Sweet onion

Seperti nama panggilannya, bawang ini mempunyai tekstur yang manis walaupun dimakan mentah. Bawang ini dikatakan berasal dari Georgia US. Bawang ini juga digelar potato onion kerana rasa manisnya apabila dimakan bersama-sama salad.

Bawang ini juga sering kali dipanggil sebagai bawang holland oleh orang malaysia. Ini kerana teksturnya yang putih sama seperti bawang besar kuning.

Ciri – ciri bawang sweet onion

  • Jenis bawang besar yang mempunyai selaput kulit kuning dan nipis
  • Rasa manis sesuai dimakan mentah bersama salad mahupun dimasak
  • Bawang ini mudah diperoleh di kawasan eropah

White onion

White onion ini sangat sedap dihidang secara mentah, ini kerana teskturnya yang rangup sesuai untuk hidangan terus seperti dicampur dengan burger, topping pizza, dan paling biasa dibuat tumis. Bawang ini juga seringkali dianggap bawang holland kerana warnanya yang putih dan kekuningan.

Ciri – ciri white onion

  • Jenis bawang besar yang mempunyai selaput kulit kuning dan nipis
  • Tekstur rangup sesuai dibuat campuran salad
  • Bawang ini mudah diperoleh di eropah

Bawang mutiara @ pearl onion

Bawang mutiara atau dikenali juga sebagai pearl onion biasanya diperoleh dalam bentuk bawang kecil dan bewarna putih. Bawang ini juga sesuai digunakan di dalam masakan untuk aroma yang lebih wangi.

Ciri – ciri bawang mutiara @ pearl onion

  • Sesuai dengan namanya, bawang mutiara berbentuk seperti seakan mutiara
  • Lebih kecil dan mempunyai aroma yang wangi

Bawang putih @ garlic

Bawang putih adalah bawang yang paling biasa digunakan untuk menumis. Ini kerana bawang putih ini mempunyai aroma yang sangat wangi apabila ditumis. Selain itu bawang putih ini juga mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan manusia. 

Bawang putih dikatakan berasal dari kawasan pergunungan asia iaitu china, iran, pakistan, dan uzbekistan. Bawang putih digunakan sejak dahulu lagi sebagai sumber makanan dan juga ubatan. Terbukti apabila kajian terbaru menemui bawang putih mampu melawan sel kanser.

Ciri – ciri bawang putih @ garlic

  • Mempunyai kulit dan isi bewarna putih
  • Sangat popular digunakan untuk menumis kerana aromanya yang wangi
  • Terbukti bagus untuk kesihatan

Daun kucai @ Garlic Chives

Kucai adalah sejenis bawang yang memperoleh nama dari bahagsa hokkian “ku chhai”. Daun kucai memiliki rasa dan aroma sama seperti bawang putih tetapi daun kucai ini dalam bentuk daun-daun yang nipis. 

Daun kucai ini biasanya dihilis halus dan digunakan di dalam resepi seperti sup dan salad.

Ciri – ciri Daun kucai @ Garlic Chives

  • Daun bawang yang bewarna hijau nipis
  • Sesuai dihiris halus dan digunakan bersama menu sup dan salad

Daun bawang @ green onion

Sejenis bawang yang mempunyai daun-daun hijau yang panjang. Bawang ini banyak digunakan di negara-negara eropah di dalam masakan. Biasanya bawang ini akan dikisar bersama-sama bahan kering dan rempah lain sebelum di masak. 

Daun bawang ini juga boleh dihiris halus dan dijadikan sebagi penghias hidangan selain rasanya yang rangup. 

Ciri – ciri Daun bawang @ green onion

  • Bawang yang mempunyai daun hijau
  • Rasanya lembut dan rangup sesuai dijadikan sebagai penghias hidangan
  • Boleh digunakan hampir kesemua hidangan masakan

Secara keseluruhannya, setiap jenis bawang mempunyai ciri-ciri bawang yang tersendiri di dalam masakan. Boleh diperhatikan bawang yang mempunyai warna merah dan unggu sesuai dimakan secara mentah sahaja, disebabkan kandungan gula semulajadi yang kurang berbanding bawang bewarna putih. Bawang bewarna putih sangat sesuai digunakan di dalam masakan kerana rasanya yang lebih manis dan teksturnya akan lembih rangup apabila dimasak.

Khasiat bawang untuk kesihatan manusia

Bawang telah digunakan sejak dahulu lagi samada dalam masakan atau dalam perubatan tradisional. Menuruk kajian saintifik bawang terbukti mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan.

Sebagai tonik organ dalaman

Kajian menunjukkan sebatian organosulfur di dalam bawang mempunyai sifat agen anti platelet. Anti platelet ini berfungsi untuk merencat agrigasi platlet yang boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular.

Menurunkan tahap gula dalam darah

Dengan hanya memakan bawang boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah selepas makan. Bawang hendaklah dimakan secara mentah bagi memnuhi nutrisi diperlukan badan.

Menghilangkan kutu

Bawang juga sesuai dijadikan ubat kepada masalah kutu. Caranya boleh amalkan hiriskan bawang hingga nipis kemudian campurkan bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara, kemudian sapu di kulit kepala. Amalkan selam seminggu dan lihat hasilnya.

Sumber vitamin A,C,E

Bawang adalah sumber vitamin B,C, dan E. manfaat vitamin ini bagus untuk organ terutamnya organ dalam tubuh manusia. 

 

Menghilangkan kedutan

Sumber vitamin dan mineral dari bawang juga berupaya melindungi organ kulit daripada berkedut. Boleh amalkan pemakanan bawang secara mentah atau boleh cincang kulit bawang dan sapu di sekitar kulit sebagai krim muka.

Sumber kolestrol baik

Bawang mempunyai sumber kolestrol baik untuk mencegah arteri daripada tersumbat. Kolestrol yang tinggi akan mengakibatkan dinding arteri tersumbat dan seterunya menyebabkan masalah jantung.

Tahukah bawang juga boleh dibeli dengan harga murah di shopee?
Link promo shopee : https://shp.ee/9tr8ikk

Akhir kata

Bawang adalah bahan kering yang bagus digunakan di dalam masakan dan baik untuk kesihatan. Terdapat beberapa jenis bawang yang boleh digunakan di dalam masakan harian. Anda boleh memilih jenis bawang yang sesuai dengan hidangan anda sediakan untuk seisi keluarga.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version