Bahan Asas Membuat Kek

Kek adalah antara kegemaran orang ramai terutamanya apabila menyambut sambutan hari jadi atau sebagainya. Selain itu membuat kek boleh juga dijadikan sebagai hobi di masa lapang dan boleh dihidang bersama-sama ahli keluarga. Di dalam artikel ini membincangkan bahan asas membuat kek.

Tepung

Tepung adalah bahan utama dalam membuat sebarang jenis kek. Selain itu, tepung juga bahan mentah dalam membuat makanan seperti roti, pasta, kuih, pastri. Terdapat beberapa jenis tepung yang anda harus tahu sebelum membuat kek ini kerana setiap tepung ini mempunyai beberapa fungsinya tersendiri.

jenis -jenis tepung

  • Tepung gandum
  • Tepung penaik

Perbezaan antara kedua-dua tepung di atas adalah tepung penaik adalah campuran tepung gandum dan serbuk penaik. Tepung penaik ini adalah tepung yang sesuai untuk dibuat kek manakala tepung gandum pula sangat sesuai untuk membuat kuih, roti dan lain-lain.

Telur

Selain tepung, telur juga adalah bahan mentah yang penting dalam membuat kek. Telur berfungsi sebagai agent sebatian tepung dan beberapa bahan mentah yang lain selain putih telur berfungsi untuk menjadikan kek lebih kembang dan gebu. 

Terdapat beberapa gred telur iaitu gred A, gred AA, gred C, dan gred B. Dalam bahan mentah dalam membuat kek, gred telur terbaik untuk membuat kek adalah gred A dan gred AA. ini kerana kandungan telur kuningnya yang lebih besar dan putih telurnya lebih banyak. Apa yang manariknya dalam membuat kek atau makanan yang berasaskan pastri yang lain, telur yang sedikit lama tapi belum basi sesuai digunakan.

Mentega

Mentega juga adalah bahan mentah yang penting dalam membuat kek. Terdapat dua jenis mentega yang digunakan dalam membuat kek iaitu:

Mentega tanpa garam @ Unsalted butter

Mentega ini adalah mentega yang tidak mengandungi garam. kebaikan utama mentega tanpa garam ini adalah anda boleh mengawal kandungan garam dalam pembuatan kek anda. Selain itu, mentega tanpa garam ini juga membuat kek lebih tahan lama.

Mentega garam @ salted butter

Sesuai dengan namanya mentega ini mengandungi kandungan garam sediada. Kebaikan mentega jenis ini adalah harganya lebih murah berbanding mentega lain. Disebabkan harganya yang lebih murah mentega jenis ini menjadi pilihan utama untuk membuat kek. Keburukan mentega ini adalah kek yang dibuat kurang tahan lama.

Gula

Gula digunakan untuk memberi rasa manis dan sedap pada kek. Terdapat 2 jenis gula yang biasa digunakan dalam membuat kek iaitu:

  • Gula kastor
  • Gula halus

Kedua-dua jenis gula ini menjadi pilihan utama kerana tekstur gula yang lebih halus berbanding gula yang biasa digunakan dalam minuman. Gula ini hendaklah disebatikan dalam adunan kek hingga betul-betul sebati sebelum adunan kek dibakar. 

Perisa vanila @ vanilla essence

Untuk menjadikan kek anda lebih wangi dan lembut, anda harus meletakkan perisa vanila. Perisa vanila ini juga berfungsi untuk menghilangkan bau atau rasa telur di dalam adunan. Selain perisa vanila, terdapat juga beberapa jenis perisa lain seperti perisa pandan, oren, dan coklat.  Terdapat pelbagai variasi perisa kek yang ada, anda boleh juga mendapatkan perisa ini di dengan harga yang berpatutan secara dalam talian di shopee.

Dapatkan pelbagai barangan dapur pada harga murah di shopee.
Link Shopee : https://shp.ee/i3x9hib

Akhir kata

Berikut adalah 5 bahan mentah untuk membuat kek yang wajib ada, jika anda bercadang untuk membuat kek boleh menjadikan rujukan ini untuk membeli bahan asas membuat kek. Berita baiknya kini anda boleh bahan asas membuat kek ini secara pukal dengan harga murah di shopee. Anda boleh tekan link di bawah untuk terus ke laman rasmi shopee.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top