Resepi Victoria Sandwich Cake Topping Strawberry

Resepi Victoria Sandwich Cake

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 40 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi victoria sandwich cake adalah salah satu jenis kek yang diminati di seluruh dunia. Untuk membuat kek ni memerlukan bahan-bahan yang betul agar kek yang terhasil cantik dan enak untuk dimakan. Victoria sandwich kek ini sangat ringkas sahaja dan sesuai untuk dibuat sendiri di rumah ataupon boleh dijadikan kek harijadi untuk anak-anak anda.  

Seperti resepi yang dikongsikan oleh saudari Inshirah Jaffri ini, sekarang anda boleh buat sendiri kek ini di rumah sahaja. Boleh lihat detail resepi kek victoria sandwich ini di bawah:

Bahan A (Ayak bersama):

  • 250g tepung superfine (boleh guna tepung gandum jika tiada)
  • 1 sudu teh baking powder
  • Secubit garam

Bahan B:

  • 220g gula kastor
  • 250g mentega tanpa garam (guna mentega pure, suhu bilik)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 5 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar (untuk mencairkan sedikit adunan)

Bahan untuk Krim Keju Segar:

  • 1 1/2 cawan non-dairy whipping cream
  • 70g cream cheese
  • 2 sudu besar jus lemon

Bahan untuk Jam Strawberry:

  • 1/2 bekas jam strawberry asli (yang masih ada ketul buah)
  • 1/4 cawan strawberry filling (beli di kedai bakeri)
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara Penyediaan Kek:

  1. Putar mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil terus putar dengan kelajuan perlahan.
  3. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit, gaul menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik. Jangan overmix.
  5. Bahagikan adunan kepada dua.
  6. Alas loyang kek 8” dengan baking paper dan tuang adunan. Hentak sedikit untuk menghilangkan buih udara.
  7. Bakar pada suhu 165°C-170°C selama 25-30 minit atau sehingga masak. Elakkan overbake untuk mengelakkan kek menjadi kering dan keras.

Cara Penyediaan Krim Keju Segar:

  1. Putar whipping cream sehingga kembang dan kental.
  2. Dalam mangkuk lain, whisk cream cheese dan jus lemon hingga tidak berketul.
  3. Gabungkan whipping cream dan campuran cream cheese, kemudian putar hingga sebati.

Cara Penyediaan Jam Strawberry:

  1. Campurkan semua bahan jam (jam strawberi, strawberry filling, dan jus lemon) hingga sebati.

Cara Menghias Kek:

  1. Setelah kek sejuk, sapukan krim keju segar di antara lapisan kek.
  2. Tambahkan lapisan jam strawberry di atas krim keju.
  3. Hias mengikut citarasa dan kreativiti anda.

Tips:

  • Pastikan mentega berada pada suhu bilik untuk memudahkan proses pengadunan.
  • Ayak tepung untuk memastikan tekstur kek yang lebih halus dan ringan.
  • Jangan overmix adunan untuk menjaga kelembutan kek.
  • Bakar pada suhu yang tepat dan elakkan overbake untuk memastikan kek tetap moist dan tidak keras.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top