Resepi Portuguese Egg Tart Guna Pastry Readymade

Resepi Portuguese Egg Tart

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 45 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Korang suka tak makan portuguese egg tart? rupanya mudah je nak buat sendiri di rumah, boleh guna ready made kulit pastry dan beberapa bahan acuan yang lain. Rasa dia sama sedap beli kat kedai, malah lagi jimat buat sendiri. Jom tengok resepi portuguese egg tart daripada saudari Bam Azimad ni, simple dan ringkas je.

Kalau tengok hasil tart tu macam tak percaya buat guna ready made pastry je, nampak sama macam portuguese egg tart mahal jual kat kedai. 

Baca juga artikel : Resepi Nasi Goreng Ayam 

Bahan-bahan:

  • Kulit pastry puff readymade
  • 4 biji telur gred A
  • 250ml susu full cream atau susu cair
  • 150ml air
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Canai kulit pastry hingga tidak terlalu nipis. Gunakan alat yang sesuai untuk mendapatkan bentuk bulat. Tekan pastry ke dalam acuan tart.
  2. Blender semua bahan lain dan tapis.
  3. Tuangkan acuan yang diblender ke atas pastry yang telah dibentuk. Boleh tambah pewarna kuning untuk nak warna lebih menarik.
  4. Bakar dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 180 – 200°C selama 40 hingga 50 minit atau sehingga masak.

Tips:

  • Gunakan susu full cream untuk rasa yang lebih lemak.
  • Tambah sedikit pewarna kuning untuk tart lebih menarik.
  • Pastikan kulit pastry tidak terlalu nipis agar tidak mudah pecah semasa dibakar.

Kredit Bam Azimad

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top