Resepi Tauhu Sumbat Kuah Kacang

Resepi Tauhu Sumbat Kuah Kacang

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi tauhu sumbat sesuai dihidang pada waktu pagi sebagai sarapan dan juga dimakan pada waktu malam. Menu ini sesuai dijadikan sebagai hidangan bersama keluarga. Ia juga boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana mempunyai sayur-sayuran yang dijadikan inti tauhu. 

Melalui perkongsian resepi tauhu sumbat daripada saudari Mizah Ngatiman anda boleh mula mencuba untuk buat sendiri tauhu sumbat ini di rumah sahaja, resepi penuh ada di bawah:

Baca juga artikel : Resepi Sotong Paprik Telur Dadar

Bahan-bahan:

  • Tauhu basah
  • Sengkuang (dihiris jejari)
  • Timun (dihiris jejari)
  • Lobak (dihiris jejari)
  • Salad
  • Kacang tanah
  • Lada kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Pes asam jawa
  • Nise kerek
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Potong tauhu basah secara tiga segi.
  2. Goreng tauhu hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih, dan kacang tanah.
  4. Toskan bahan-bahan yang telah digoreng dan kisar halus.
  5. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, tambahkan gula melaka, gula merah, garam, dan gula pasir. Masukkan juga 1-2 cawan air panas.
  6. Tambahkan dua senduk minyak masak dan 1/2 sudu pes asam jawa.
  7. Biarkan sambal mendidih dan pekat, masak hingga pecah minyak.
  8. Belah tauhu yang telah digoreng tadi.
  9. Masukkan hirisan sengkuang, timun, salad, dan lobak ke dalam tauhu.

Tips:

  1. Pastikan tauhu digoreng hingga benar-benar garing untuk tekstur yang lebih baik.
  2. Sambal kacang boleh disesuaikan tahap kepedasannya dengan menambah atau mengurangkan jumlah lada kering.
  3. Untuk rasa yang lebih autentik, gunakan nise kerek dan gula merah dalam sambal kacang.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top