Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Menu: 4-5 orang
Menu ayam paprik tidak asing lagi dalam hidangan harian warga Malaysia, antara yang popular adalah ayam paprik thai. Menu ini sangat digemari kerana mempunyai rasa seakan tomyam tapi lebih ringan dan tidak terlalu pekat rasanya. Di dalam perkongsian ini kami kongsikan resepi paprik ayam thai oleh Ariana Sofia Ahmad untuk rujukan anda.
Resepi ini menggunakan sos thai serta beberapa bahan masakan lain yang boleh didapati di Malaysia. Jom tengok resepinya:
Baca juga artikel : Resepi Almond London
Bahan-bahan:
- 4 ketul ayam (isi + tulang) – dipotong dadu
- 3 sudu besar cili giling
- 3 sudu besar sos cili Thai
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 4 batang kacang panjang – dipotong
- 1 batang lobak kecil – dihiris nipis
- 2 biji bawang merah – dihiris
- 4 ulas bawang putih – diketuk
- 1 batang serai – diketuk
- 3-5 biji cili api
- 2 biji tomato – dipotong 6
- Sedikit bunga kobis – dipotong kecil
- 6 batang baby jagung – dipotong menyerong
- 6 helai daun limau purut
- 1/2 cawan air
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan serai. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos cili Thai, sos tiram, dan kicap manis. Kacau hingga sebati.
- Masukkan ayam dan masak hingga ayam bertukar warna putih.
- Masukkan daun limau purut dan air, biarkan mendidih.
- Masukkan lobak, bunga kobis, dan kacang panjang. Kacau hingga sebati.
- Bila dah mendidih, masukkan cili api dan masak hingga kuah pekat.
- Masukkan tomato, kacau sekejap, dan tutup api. Paprik Ayam Thai siap dihidangkan.
Tips:
- Tak perlu tambah gula dan garam kerana sos tiram sudah masin dan sos cili Thai sudah manis.
- Boleh tambah lagi cili api jika suka pedas.
Selamat mencuba resepi Paprik Ayam Thai yang pasti TERANGKAT ini! 🌶️🍗
Kredit Ariana Sofia Ahmad
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.