Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 35 minit
Masa Memasak: 25 minit
Menu: 10+ orang
Salah satu hidangan kuih yang popular setiap kali hari raya adalah tart nenas. Namun kuih tart nenas ini juga sebenarnya trend dan sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja. Terdapat variasi adunan kuih tart dan juga adunan inti nenas yang boleh dicuba. Kali ini kami kongsikan tart nenas yang tidak menggunakan minyak sapi dan juga susu.
Resepi yang dikongsikan oleh saudari Jaja Noriza ini sangat mudah untuk diikuti dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. Jom lihat tengok resepinya di bawah ini:
Baca juga artikel : Resepi Sayur Bayam Tumis Belacan
Bahan-bahan:
- 2 cawan marjerin (akak guna Latifolia)
- 1 cawan gula aising
- 2 biji kuning telur (gred A)
- 1 sudu besar esen vanilla
- 4 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan tepung jagung
- Kuning telur dan sedikit pewarna kuning lemon
Cara-cara:
- Pukul marjerin dan gula sekejap sahaja.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kemudian pukul ringan (tak lama).
- Masukkan ketiga-tiga tepung (tepung gandum, tepung kastard, dan tepung jagung) dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung jagung.
- Bentuk tart nenas menggunakan acuan dan isi dengan jem nenas. Susun tart di atas dulang pembakar.
- Sapukan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning lemon di atas tart.
- Bakar pada suhu 160°C selama 20-25 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
- Resepi ini boleh menghasilkan dalam 133 biji tart atau lebih, bergantung kepada saiz tart yang dibuat.
Kredit Jaja Noriza
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.