Resepi Kek Kukus 3 Bahan Lembut & Gebu

Kek Kukus 3 Bahan

Kek kukus 3 bahan adalah antara resepi yang paling mudah untuk dibuat. Antara yang paling popular adalah kek kukus coklat 3 bahan, cuma dengan menggunakan 3 bahan sahaja anda sudah boleh menikmati kek yang lembut dan sedap! Tambahan cara penyediaannya hanya memerlukan pengukus sahaja, mudah bukan?

Bagi yang belum mengetahui, terdapat perbezaan dari segi bahan dan tekstur kek yang dihasilkan melalui kukus dan bakar. Antara kelebihannya adalah kek kukus mempunyai tekstur yang lebih gebu dan lembut, namun kekurangannya pula adalah kek kukus kurang tahan lama @ cepat rosak berbanding kek yang dibakar.

Tips & cara masak kek kukus:

  • Jangan letak mentega untuk kek kukus, kerana mentega akan menjadikan kek padat dan kurang rasa enak.
  • Elakkan menyapu mentega pada sekeliling loyang, kerana kek akan menjadi kecut.
  • Campuran sedikit minyak ke dalam adunan kek kukus akan menghasilkan tekstur kek yang lembut.
  • Gunakan aluminium foil untuk tutup atas kek semasa kukus, ini untuk elakkan air kukusan menitik atas kek.  

Resepi Kek Milo Kukus 3 Bahan

Resepi yang menggunakan milo ini juga dikenali dengan nama kek coklat kukus 3 bahan sangat mudah untuk dibuat. Resepi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat telah mendapat banyak tanda suka dan perkongsian di laman sosial facebook

Yang menariknya, resepi ini adalah kali pertama dicuba olehnya sendiri. “tanpa menggunakan tepung masih lagi boleh menghasilkan kek yang lembut dan sedap” tambah beliau. Disini kami kongsikan cara penyediaan kek kukus milo 3 bahan, baca sampai habis yee..

Bahan-bahan

  • 2 cawan serbuk milo
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis.

Cara penyediaan

  1. Kisar @ blender semua 3 bahan tersebut
  2. Panaskan pengukus, biar betul-betul sedia untuk diletakkan kek.
  3. Tuang adunan bahan tadi ke dalam loyang pengukus.
  4. Tutup bahagian atas loyang dengan penutup mangkuk untuk mengelakkan air kukus menitis @ boleh cover dengan aluminium foil.
  5. Kukus hingga adunan naik. Setelah selesai, keluarkan dan biarkan sejuk, siap di hidang.
  6. Nak lebih sedap boleh taburkan topping seperti coklat cair di atas kek kukus anda.
Kek Kukus 3 Bahan
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Pengukus : https://shp.ee/zfgper3

Blender : https://shp.ee/2jhb6b3

Loyang : https://shp.ee/uzuk9hf

Milo : https://shp.ee/ukir2dz

Susu pekat : https://shp.ee/63en4dz

Akhir Kata

Resepi kek kukus simple 3 bahan ini adalah yang paling mudah untuk dibuat, resepi ini sangat sesuai bagi anda yang mempunyai masa yang terhad atau nakkan hidangan pencuci mulut yang ringkas, jimat tapi sedap dimakan. Yang penting kek kukus ini sangat lembut dan gebu untuk dimakan. Anda mencari resepi perap ayam BBQ? Boleh tekan link ini Bahan Perap Ayam. selamat mencuba!

Scroll to Top
Scroll to Top