Resepi Nutella Pod Cookies Buat Sendiri Baru Puas Hati

Resepi Nutella Pod Cookies

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 35 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Korang yang suka baking tu boleh lah try buat pod cookies ni sekali-sekala kat rumah tu. Buat ni confirm anak-anak suka makan, nak buat dia pon mudah je sebenarnya. Jom tengok cara buat nutella pod yang dikongsikan oleh saudari Kredit Nor Hidayah Russlan ni simple tapi sedap.

Resepi yang dikongsikan juga sangat mudah nak faham, korang yang kali pertama cuba pon mesti boleh buat Nutella Pod nii.

Baca juga artikel : Resepi Lala Masak Lemak

Bahan:

  • 1/2 cawan marjerin
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar tepung beras (untuk memberikan kerangupan)
  • 1 sudu besar serbuk badam
  • Nutella (untuk hiasan)

Cara Penyediaan:

  1. Kacau marjerin, gula halus, dan esen vanila hingga sebati.
  2. Tambahkan kuning telur ke dalam campuran dan kacau hingga sebati.
  3. Ayak tepung gandum, baking soda, baking powder, dan tepung beras. 
  4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak ke dalam adunan basah. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan serbuk badam dan uli hingga adunan sebati.
  6. Bulat-bulatkan doh dan tekan tengahnya untuk membentuk ruang bagi Nutella. 
  7. Untuk kemudahan, boleh gunakan acuan shell tart.
  8. Panaskan oven pada suhu 160°C.
  9. Bakar selama 30 minit atau hingga kekuningan.
  10. Setelah siap dibakar, paipkan Nutella ke dalam ruang yang telah ditekan tadi.
  11. Hiaskan mengikut kreativiti.

Tips:

  1. Gunakan Mentega Berkualiti: Menggunakan mentega berkualiti akan memberikan rasa yang lebih sedap pada biskut.
  2. Gunakan Nutella dalam Suhu Bilik: Nutella yang berada dalam suhu bilik lebih mudah dipaipkan dan dihias.
  3. Simpan dalam Bekas Kedap Udara: Untuk mengekalkan kerangupan dan kesegaran, simpan Nutella Pod dalam bekas kedap udara setelah sejuk.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top