Resepi Sotong Paprik Telur Dadar

Resepi Sotong Paprik Telur Dadar

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 10 minit

Masa Memasak: 25 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Resepi sotong paprik tidaklah sepopular paprik ayam, namun ia adalah hidangan yang enak dimakan. Gabungan lauk sotong dan masakan paprik ini juga antara yang popular dalam kalangan penggemar sotong dan seafood. Kalau korang salah sorang penggemar sotong paprik bolehlah cuba cara buat sotong paprik yang dikongsikan oleh saudara Wan LuQman ini.

Resepi ini sangat mudah untuk diikuti, resepi ini juga menggabungkan hidangan sotong paprik ini dengan telur dadar makan bersama nasi putih, jom lihat resepi di bawah:

Baca juga artikel : Resepi Sotong Kembang Masak Kari

Bahan-Bahan:

  • 3-4 ulas bawang putih (dicincang)
  • Cili padi (secukupnya, dihiris)
  • 1 sudu besar lada lumat
  • Sotong (boleh juga guna siput sedut atau lala)
  • Gula secukup rasa
  • Carrot (dihiris)
  • Daun limau purut
  • Bunga kobis (dihiris)
  • Kacang panjang (dipotong)
  • Bawang Holland (dihiris)
  • Air bancuhan tepung jagung (sedikit sahaja)

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar nampla
  • 1½ sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan lada lumat dan tumis hingga sedikit garing.
  3. Tambahkan sotong (boleh juga gunakan siput sedut atau lala) dan gaul sebati.
  4. Campurkan semua bahan sos dan kacau hingga sebati. Masukkan campuran sos yang disediakan tadi ke dalam kuali dan kacau rata.
  5. Tambahkan sedikit gula untuk mengimbangkan rasa pedas.
  6. Masukkan sayuran yang telah dihiris (carrot, daun limau purut, bunga kobis, kacang panjang, bawang Holland) dan gaul semua bahan hingga sebati.
  7. Tambahkan sedikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Ingat, sotong akan mengeluarkan air semasa dimasak.

Tips:

  1. Pastikan sotong dimasak hingga empuk supaya hidangan lebih sedap.
  2. Laraskan jumlah gula mengikut selera untuk mendapatkan keseimbangan rasa yang diingini.
  3. Jika suka hidangan lebih pedas, tambahkan lebih banyak cili padi.

Kredit Wan LuQman

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top