Resepi Sayur Bayam Tumis Belacan Udang Kering

Resepi Sayur Bayam Tumis Belacan

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Resepi sayur bayam adalah antara menu sayuran yang popular dalam kalangan warganet. Sayur bayam memang sinonim dengan orang Malaysia dan banyak digunakan di dalam menu masakan. Ia bukan sekadar baik untuk kesihatan, sayur bayam juga mempunyai tekstur yang sedap apabila dimasak.

Jom tengok perkongsian daripada saudari Nurul Ateekah tentang cara masak sayur bayam yang sedap dan simple untuk dihidangkan: 

Baca juga artikel : Resepi Sambal Sardin

Bahan-bahan:

  • 1 ikat bayam
  • 2 batang cili padi
  • 2 batang cili merah
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Kisar atau tumbuk cili padi, cili merah, bawang merah, dan bawang putih
  2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar atau ditumbuk ke dalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.
  4. Tambahkan udang kering, serbuk belacan, sos ikan, dan serbuk perasa. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga bahan-bahan sebati.
  5. Masukkan sayur bayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali. Gaul rata sehingga bayam layu dan masak sepenuhnya.
  6. Sesuaikan rasa dengan menambah garam atau gula jika perlu.
  7. Angkat dan hidangkan sayur bayam tumis belacan udang kering ini panas-panas.

Tips:

  • Udang Kering: Rendam udang kering dalam air panas selama beberapa minit untuk melembutkannya sebelum digunakan.
  • Kepedasan: Sesuaikan jumlah cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.

Kredit Nurul Ateekah

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top