Resepi Sambal Sardin Adabi Simple Sekejap Je Siap

Resepi Sambal Sardin

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Korang tengah cari resepi sardin simple, cepat tapi sedap? Boleh cuba resepi sambal sardin ni. Guna je bahan-bahan ringkas dan beli sardin dalam tin, kejap je dah siap lauk korang. Macam resepi yang dikongsikan oleh saudari Linda Mohd ni, dalam masa kurang 10 minit je dah siap dan boleh makan, ramai dah cuba rasa dia memang sedap.

Resepi sambal sardin ni jugak sesuai buat orang bujang atau yang tengah sibuk dan tiada masa untuk hidangkan makanan untuk keluarga. Jom tengok resepi ada di bawah:

Baca juga artikel : Resepi Rendang Ayam Cili Api

Bahan-bahan:

  • 1 tin ikan sardin Adabi
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili api (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 2 biji cili merah besar
  • 2 biji ubi kentang (potong empat)

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan sardin sekejap dan ketepikan.
  2. Goreng ubi kentang hingga separuh masak dan ketepikan
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, cili api, dan cili merah besar hingga halus.

  4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan garam, gula, dan ajinamoto (jika suka).
  6. Masukkan ikan sardin dan ubi kentang yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul sebati dan goreng sekejap.
  7. Untuk rasa lebih padu, boleh perah limau nipis sebelum dihidang.

Tips:

  1. Kepedasan: Sesuaikan jumlah cili api mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  2. Kepekatan: Jika suka sambal yang lebih pekat, boleh tambahkan sedikit air semasa menumis bahan kisar

Kredit Linda Mohd

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top