Resepi Lontong Goreng @ Nasi Impit Goreng Orang Johor

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 3-4 orang

Bukan orang johor kalau tak kenal lontong goreng atau nasi himpit goreng. Lontong biasanya dihidang pada hari raya dan boleh dinikmati dengan pelbagai jenis kuah dan hidangan lain, antara salah satu hidangan lontong yang popular adalah lontong goreng. Resepi lontong goreng popular daripada saudari Nurul Ateekah ini boleh dijadikan rujukan untuk anda yang cuba buat sendiri di rumah.

Melalui resepi ini anda boleh sesuaikan resepi lontong goreng bersama sos atau sambal mengikut citarasa anda.

Baca juga artikel : Resepi Lala Masak Serai

Bahan-bahan:

  • Lontong 900 gram (dipotong dadu besar)
  • Udang sederhana (200-300 gram)
  • Isi dada ayam (direbus & dicarik)
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Kicap manis 3-4 sudu besar
  • Kucai (agak-agak)
  • Kubis dihiris tipis (jika mahu)
  • Telur 4 biji
  • Gula 1-2 sudu besar
  • Garam (jika perlu)
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Daun sup (bahan hiasan)
  • Cabai merah (bahan hiasan)
  • Daun bawang (bahan hiasan)

Bahan Kisar:

  • Cili kering = 10-15 batang
  • Bawang besar = ½-1 biji
  • Bawang putih = 5 ulas
  • Udang kering = 2-3 sudu besar

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika.
  3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam, dan serbuk perasa (jika perlu), dan gaulkan.
  4. Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam, dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
  5. Kemudian taburkan cili merah, daun bawang, dan daun sup.
  6. Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit Nurul Ateekah

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top