Share/simpan resepi ini
Join Telegram Channel
Nak lebih banyak koleksi resepi setiap hari? Join Telegram Channel kami. Tekan link Telegram di bawah
Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 7 minit
Menu: 4-5 orang
Resepi labu masak lemak adalah menu sayur berkuah yang sedap dinikmati setiap hari. Dengan rasa santannya yang berlemak ditambah pula dengan rasa manis labu menjadikan hidangan ini digemari oleh warganet. Kali ini kami kongsikan pula resepi labu masak lemak daripada saudari SuiSan Aliezsha.
Resepi ini sangat simple dan mudah untuk dibuat, malah anda hanya perlu mengambil masa beberapa minit sahaja untuk hidangkan masakan ini. Sangat sesuai bagi anda yang sentiasa sibuk dengan urusan harian. Jom lihat:
Bahan-bahan :
- Labu (buang kulit, potong kecil)
- Daun kunyit (disiat-siat)
- Kelapa parut (perah untuk dapatkan santan)
Cara Penyediaan :
- Sediakan kuali, masukkan labu yang telah dipotong, daun kunyit, dan santan.
- Kacau sehingga labu masak dan kuah santan pekat.
- Pastikan garam secukup rasa.
- Selamat mencuba!
Tips :
- Jangan kedekut santan untuk rasa yang lebih lemak.
- Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
Kredit SuiSan Aliezsha