Resepi Kuah Durian Buat Cicah Roti Serius Rasa Durian

Resepi Kuah Durian

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 10 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-6 orang

Resepi kuah durian mungkin tidak popular seperti pulut durian dan bubur durian, namun ia hidangan yang boleh dinikmati setiap hari. Ramai belum tahu ada resepi kuah durian khas untuk buat cicah roti, ia sesuai dibuat hidangan sarapan pagi setiap hari. Contohnya resepi yang dikongsikan oleh saudari Zura Zul ni.

Resepi kuah durian ini boleh dimakan bersama roti dan rasanya memang rasa durian asli. Nak detail resepi boleh tengok resepi penuh di bawah: 

Bahan-Bahan:

  • 8 ulas durian
  • Gula (ikut kemanisan yang diingini)
  • 1 sudu besar susu pekat (jika suka)
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 200ml santan kotak + 2 cawan air (boleh tambah air jika perlu)
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
  • Sedikit garam
  • 3-4 helai daun pandan (disimpul)

Cara Penyediaan:

  1. Buang biji dari 5 ulas durian dan masukkan isinya ke dalam periuk.
  2. Tambahkan gula, gula melaka, susu pekat, santan, garam, dan daun pandan ke dalam periuk. Gaul rata hingga sebati.
  3. Masak campuran tersebut di atas api sederhana sambil dikacau sentiasa.
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air ke dalam periuk. Kacau hingga kuah menjadi pekat.
  5. Akhir sekali, masukkan baki 3 ulas durian ke dalam kuah dan masak hingga kuah agak pekat.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Tips:

  1. Gunakan durian yang masak ranum untuk mendapatkan rasa kuah yang lebih kaya.
  2. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat mengikut kesukaan.
  3. Kacau kuah secara berterusan untuk mengelakkan ia dari berketul dan melekat di periuk.

Kredit Zura Zul

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top