Resepi Ketam Telur Masin Pasti Finger Licking Good

Resepi Ketam Telur Masin

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-6 orang

Korang suka makan seafood wajib try resepi ketam telur masin ni. Ketam masak salted egg ni jugak antara menu trending dalam kalangan orang muda di Malaysia. Nak buat sendiri kat rumah pon boleh, lagi jimat dan boleh adjust rasa ikut selera masing-masing. 

Jom tengok resepi ketam telur masin yang dikongsikan oleh saudari Nurul Fathien Gazali ni, confirm licin habis pinggan sekali hadap. Nak buat pon mudah je jom tengok:

Baca juga artikel : Resepi Kerabu Sotong Thai

Bahan:

  • 6 ekor ketam (dibersihkan)
  • 4 biji telur masin (asingkan putih dan kuning, lenyekkan kuning dengan garfu)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 7 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 tin susu cair (boleh tambah jika ingin lebih berkuah)
  • 2 sudu makan planta atau mentega
  • Sedikit garam dan lada sulah
  • Tepung jagung
  • Minyak masak

Cara Penyediaan Ketam:

  1. Gaul ketam dengan secubit garam, lada sulah, dan tepung jagung (jangan terlalu banyak tepung).
  2. Goreng ketam hingga garing. Angkat dan ketepikan. (Jangan terlalu lama goreng supaya rasa manis ketam tidak hilang).

Cara Penyediaan Telur Masin:

  1. Satukan kuning telur masin yang telah dilenyek dengan susu cair.
  2. Untuk putih telur, gunakan jumlah mengikut tahap kemasinan yang diinginkan. (Contohnya, 2-4 biji putih telur).

Cara Penyediaan Kuah:

  1. Panaskan kuali. Masukkan 2 sudu planta atau mentega dan daun kari.
  2. Apabila daun kari sedikit layu, masukkan bawang putih dan cili padi. Tumis hingga bawang putih garing.
  3. Masukkan campuran susu cair dan kuning telur serta putih telur. (Kurangkan jumlah putih telur jika terlalu masin).

Masukkan Ketam:

  1. Tunggu hingga campuran berbuih.
  2. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  3. Matikan api dan hidangkan segera.

Tips:

  1. Rebus Telur Masin: Rebus telur masin terlebih dahulu selama 25-30 minit menggunakan api perlahan, sejukkan, dan asingkan putih serta kuningnya.
  2. Goreng Ketam: Jangan goreng ketam terlalu lama untuk mengekalkan rasa manisnya.
  3. Tambahkan Susu Cair: Tambahkan lebih banyak susu cair jika ingin kuah yang lebih banyak.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top