Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 13 minit
Menu: 4-5 orang
Resepi ketam masak lemak pastinya hidangan yang kerap terlintas apabila teringat akan lauk ketam. Terdapat banyak variasi menu ketam masak lemak untuk rujukan anda. Hari ini kami kongsikan perkongsian saudari Mizah Ngatiman yang berkongsi resepi ketam masak lemak serta cara nak pilih ketam yang berisi untuk dimasak.
Siapa sangka rupanya terdapat cara untuk memilih ketam yang mempunyai isi atau pon sebaliknya. Berikut adalah resepinya:
Baca juga artikel : Resepi Ikan Masak Asam
Bahan-bahan:
- Ketam siap cuci dan dibersihkan
- 3 inci halia*
- 1 biji bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 1sb ketumbar*
- 7-8 tangkai cili padi (ikut tahap pedas masing-masing)*
- *blend semua
- 2 batang serai diketuk
- 1 biji nenas hiris nipis
- 1sb serbuk kunyit
- 1 biji kelapa parut. Buat santan pekat.
- Garam dan gula secukupnya
Tips pilih ketam penuh isi:
- Pilh ketam betina, tengok bentuk segitiga belakang besar itu betina, kalau segitiga tirus itu jetam jantan.
- Pilih yang rasa berat, timbang dengan tangan
Cara Penyediaan:
Bersihkan kotoran najis. Yang oren tu telurnya. Jangan buang pula.. Sedap
Bahan-bahan
Mula – mula letak bahan kisar, serbuk kunyit dan serai.
Buka api. Biarkan ia agak kering dulu.
Dah kering masukkan ketam dan nenas.
Tutup seketika dalam 5minit. Kita nak masakkan isi ketam dulu.
Ok selepas 5 minit, ketam pun dah bertukar warna oren, nenas pun dah layu.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Ok dah siap masak lemak kita.
Kredit Mizah Ngatiman