Resepi Kerabu Sotong Thai Rasa Confirm Puas Hati

Resepi Kerabu Sotong Thai

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi kerabu sotong thai juga adalah antara menu hidangan dari thai yang mudah untuk dicuba. Resepi kerabu sotong ini tidak memerlukan banyak step dan ringkas untuk dihidangkan. Dengan campuran bahan-bahan yang betul anda boleh menikmati kerabu sotong ini dengan rasa sama asli seperti thai.

Berikut adalah perkongsian resepi kerabu sotong daripada saudari Afy AL Habibi untuk rujukan anda. Hidangan ini sesuai dimakan bersama ahli keluarga dan saudara terdekat. Jom lihat:

Baca juga artikel : Resepi Kerabu Maggi Thai

Bahan Sotong:

  • 3 ekor sotong saiz XL (dibersihkan dan dihiris bulat)
  • Air (untuk mencelur sotong)

Bahan Hiris:

  • 1 biji mempelam lemak (dihiris)
  • 1/6 setiap jenis lada benggala (dihiris)
  • 1/3 bunga kantan (dihiris)
  • 1/3 lobak merah (dihiris)
  • 3 biji tomato ceri (dipotong dua)
  • 1 batang serai (dihiris halus)
  • 1 batang daun ketumbar (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/4 bawang besar (dihiris)
  • 4 tangkai cili padi merah dan hijau (dihiris)

Bahan Perasa:

  • 2 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3/4 sudu besar gula perang kastor
  • 1/3 sudu besar garam bukit
  • Jus 3 hirisan lemon
  • Secubit dua serbuk lada hitam
  • Secubit dua cili flakes

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air hingga mendidih.
  2. Celur sotong yang telah dihiris bulat sekejap sahaja. Toskan dan ketepikan.

  3. Hiris semua bahan seperti mempelam lemak, lada benggala, bunga kantan, lobak merah, tomato ceri, serai, daun ketumbar, bawang merah, bawang besar, dan cili padi.
  4. Dalam mangkuk besar, masukkan kicap sotong, sos tiram, gula perang kastor, dan garam bukit.
  5. Perah jus dari 3 hirisan lemon dan tambahkan ke dalam mangkuk.
  6. Tambahkan serbuk lada hitam dan cili flakes. Kacau rata.

  7. Masukkan sotong yang telah dicelur dan bahan hirisan ke dalam mangkuk perasa.
  8. Gaul rata hingga semua bahan sebati dengan perasa.

Tips:

  1. Celur Sotong: Jangan celur sotong terlalu lama untuk mengelakkan tekstur sotong menjadi liat.
  2. Segar dan Rangup: Pastikan semua bahan hiris segar untuk mengekalkan kerangupan dan kesegaran kerabu.
  3. Sesuaikan Rasa: Sesuaikan jumlah jus lemon, cili flakes, dan serbuk lada hitam mengikut citarasa pedas dan masam yang diingini.

Kredit Afy AL Habibi

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top