Resepi Kari Ikan Bawal Tanpa Santan Ringkas dan Mudah

Resepi Kari Ikan Bawal Tanpa Santan

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-6 orang

Kalau nak masak ikan bawal, jangan lupa untuk cuba resepi kari ikan bawal tanpa santan ni. Uniknya resepi kari bawal ni dia tak guna santan, jadi selamat untuk sesetengah orang yang tak boleh makan santan. Jom tengok resepi kari bawal tanpa santan yang dikongsikan oleh saudari Cempaka Iris Yaya ini.

Resepi ini juga sebenarnya sesuai untuk anda yang nak guna santan dalam masakan. Resepi penuh di bawah: 

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ikan bawal (dipotong 3 bahagian/6 ketul)
  • 2 pack kecil serbuk kari ikan (Adabi)
  • 1 pack kecil serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • Air asam jawa
  • Sedikit air
  • 2 biji tomato
  • 8 batang bendi
  • 1 kiub ayam Maggi
  • 1 kiub ikan bilis

Bahan-bahan untuk hiris nipis:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-bahan untuk rempah tumis:

  • 1 sudu besar halba campur
  • (Boleh tambah kulit kayu manis dan bunga lawang kalau suka. Saya kalau kari ikan tak suka letak. Kari daging baru saya letak).

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan dan bendi terlebih dahulu. Tidak perlu goreng lama sangat, sekejap sahaja. Ketepikan.
  2. Bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis (bawang merah, bawang putih, halia) dan bahan rempah tumis (halba campur) sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi (serbuk kari + serbuk cili + sedikit air). Masak sehingga rempah pecah minyak.
  5. Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali.
  6. Masukkan air asam jawa dan ikan. Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.
  7. Masukkan sedikit air, tomato, dan sayur bendi. Perasakan dengan kiub ayam dan kiub ikan bilis secukupnya.
  8. Hidangkan untuk 5-6 orang tetamu.

Tips:

  1. Untuk masak kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempah masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambah air beberapa kali dan masak sehingga rempah pecah minyak pada setiap kali selepas tambah air.
  2. Ikan dan bendi digoreng terlebih dahulu agar isinya tidak hancur bila dimasukkan ke dalam kuah kari. Yang penting teksturnya lebih segar dan enak dimakan.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top