Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Versi Original Pahang

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 2-4 orang

Korang yang suka makan ikan patin masak tempoyak wajib try resepi ni. Orang pahang mesti tahu nak masak tempoyak patin ni tak perlu pon letak bawang, serai, dan bunga kantan. Bahan-bahan dia simple je tapi sedap ikut citarasa dan air tangan masing-masing. Kali ni kami kongsikan hantaran resepi tempoyak ikan patin original pahang untuk rujukan anda. 

Yang uniknya resepi daripada saudari Ieda Ida ini tak menggunakan bawang, serai, dan bunga kantan. Sebaliknya menggunakan bahan-bahan lain yang ringkas sahaja. Jom lihat:

Baca juga artikel : Resepi Gulai Daging

Bahan-bahan:  

  • Ikan patin (atau ikan lain seperti talapia, kembung, kerisi, tenggiri)
  • Cili (ikut kepedasan masing-masing)
  • Kunyit hidup
  • Daun kesum
  • Tempoyak (ikut kepekatan yang disukai)
  • Timun tua (optional)
  • Air
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:  

  1. Tumbuk cili dan kunyit hidup hingga lumat.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kesum dan tempoyak. Timun tua boleh ditambah jika suka.
  3. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Masukkan ikan patin dan biarkan hingga ikan masak sepenuhnya.
  6. Hidangkan panas-panas.

Tips:

  1. Pastikan tempoyak yang digunakan adalah segar untuk rasa yang lebih enak.
  2. Jika suka rasa yang lebih pedas, tambahkan lebih banyak cili.
  3. Anda boleh gantikan ikan patin dengan ayam atau ikan lain jika suka.

Kredit Ieda Ida

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top