Resepi Gulai Daging Utara Rasa Sebijik Gulai Kenduri Kawin

Resepi Gulai Daging

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 45 minit

Masa Memasak: 40 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-6 orang

Keunikan hidangan gulai daging atau ayam adalah pastinya pada rasa kuahnya yang pekat, lemak, dan rasa rempah yang sedap. Terdapat banyak cara dan resepi gulai daging yang enak untuk dicuba. Walaupun agak leceh terutamanya pada bahan-bahannya yang banyak, namun rasa gulai daging yang unik ini pastinya buat ramai orang nak cuba sendiri di rumah. 

Di dalam perkongsian ini pula kami kongsikan resepi gulai daging oleh Azahari Abdullah untuk anda cuba. Resepi ini telah mendapat ratusan tanda suka oleh warganet, jom lihat:

Baca juga artikel : Resepi Udang Masak Merah 

Bahan-bahan:  

  • 700 gram daging lembu  
  • 300 gram hati lembu  
  • 2 labu bawang besar  
  • 1 labu bawang putih  
  • 10 ulas bawang merah  
  • Rempah 5 sekawan:  
  • 1/3 sudu teh cengkih  
  • 2 batang kulit kayu manis  
  • 10 biji buah pelaga  
  • 1/2 sudu teh bunga lawang 
  • 1 biji buah keras (dihiris)  
  • 1 1/2 inci halia (dihiris)  
  • 3 sudu besar kerisik  
  • 1 sudu teh jintan putih  
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 1 sudu teh jintan manis  
  • 1/2 keping gula nisan @ 20 gram gula Melaka @ gula merah  
  • 5 sudu besar cili kisar  
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging  
  • 5 biji kentang (dipotong)  
  • Minyak untuk menumis  
  • Daun kari  
  • 1 1/2 cawan santan pekat atau 150 ml susu cair  
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Rendam daging dan hati dengan daun pisang selama 45 minit untuk melembutkannya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih, bawang merah yang telah dimayang bersama daun kari hingga layu.
  4. Masukkan rempah 5 sekawan: kayu manis, cengkih, pelaga, dan bunga lawang.
  5. Tambah cili kisar dan tumis selama 5 minit.
  6. Bancuh serbuk kari daging dengan air dan masukkan ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak.
  7. Masukkan jintan putih, jintan manis, dan serbuk ketumbar. 
  8. Hiriskan atau ketuk buah keras dan masukkan ke dalam kuali.
  9. Masukkan gula nisan.
  10. Bila semua bahan sebati, masukkan daging dan hati. Kacau rata.
  11. Bila gulai mulai mendidih, masukkan kentang. Tambah air jika perlu.
  12. Masukkan santan pekat atau susu cair.
  13. Tambahkan kerisik dan kacau rata.
  14. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  15. Masak hingga kentang empuk dan gulai mendidih. Hidangkan.

Tips:

  1. Merendam daging dengan daun pisang membantu melembutkan daging.
  2. Pastikan rempah benar-benar pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  3. Jika ingin rasa lebih pedas, tambahkan lebih banyak cili kisar.
  4. Penggunaan kerisik memberikan rasa lemak pada gulai, jangan skip bahan ini.
  5. Pastikan kentang masak sepenuhnya sebelum menghidang.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top