Resepi Dalca Sayur Guna 4 Rempah Penuh Sayur Tapi Sedap

Resepi Dalca Sayur

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 30 minit

ionicons-v5-j

Menu 4-5 orang

Resepi dalca sayur sangat sedap dimakan bersama nasi dan juga hidangan sampingan seperti papadom. Kali ini kami kongsikan satu resepi dalca khas sayuran sahaja untuk rujukan anda. Resepi ini adalah hantaran dari saudari Nadia Abdul Kadir di laman FB, resepi dalca ini menggunakan ramuan sayuran sahaja.

Menurut Nadia Abdul Kadir, resepi ini terhasil apabila dapurnya ketiadaan lauk ayam dan daging, oleh itu lahirkan idea untuk memasak dalca sayur yang sedap dan enak ini. Resepi ini juga boleh digabungkan bersama isi ayam atau daging jika mahu.

Lihat juga resepi : Resepi Begedil Daging

Bahan-bahan: 

  • 1 genggam kacang dhal  
  • 1 paket kecil rempah kari daging*
  • 1/2 paket kecil rempah kari ikan*  
  • 1 sudu besar rempah kurma*  
  • 1 sudu kecil rempah sup*  
  • 2 sudu besar cili giling  
  • Garam secukup rasa  
  • Minyak masak  
  • 1 biji bawang besar atau banyak biji bawang merah (dimayang) 
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)  
  • 1 inci halia (dimayang) 
  • 5 tangkai lada kering (dipotong dua)  
  • 4 sekawan  
  • 1 kotak santan (KakYa guna brand Kara)  
  • Segenggam daun kari  

*Semua rempah ini KakYa guna Cap O. Nak guna brand lain pun boleh. Satukan semua rempah dalam mangkuk bersama cili giling dan sedikit air, jadikan pes.

Sayuran (terpulang pada kuantiti):  

  • Terung bulat  
  • Bendi  
  • Ubi kentang  
  • Kacang panjang  
  • Lobak merah  
  • Tomato buah  
  • Cili merah/hijau  

Cara Penyediaan:  

  1. Rebus kacang dhal sampai empuk.  
  2. Panaskan minyak dalam kuali lain (minyak kena banyak sebab nak bagi rempah betul-betul garing dan pecah minyak).  
  3. Tumis 4 sekawan.  
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari. Tumis sampai naik bau dan layu.  
  5. Masukkan campuran rempah-rempah dan cili giling tadi. Tumis lagi sampai rempah garing dan pecah minyak. Kalau terlalu kering, tambah air (kalau minyak banyak, rempah takkan kering dan hangit). Gunakan api sederhana.  
  6. Bila dah garing dan pecah minyak, masukkan santan cair. (Kalau nak letak daging atau tulang-tulang ayam, letak dulu sebelum masukkan santan. Bila daging atau ayam dah agak kecut, baru masukkan santan).  
  7. Masukkan sayuran yang keras dulu macam ubi kentang, lobak merah, dan kacang panjang. Sayuran yang cepat lembek masukkan kemudian.  
  8. Sesuaikan kepekatan kuah dengan tambah air jika perlu.  
  9. Perisakan dengan garam dan sedikit secukup rasa.  
  10. Akhir sekali, masukkan kacang dhal yang telah direbus tadi.  
  11. Kacau hingga sebati.  
  12. Siap.

Tips:  

  1. Pastikan minyak cukup banyak semasa menumis rempah untuk mengelakkan rempah menjadi kering dan hangit.  
  2. Tambah air jika perlu semasa menumis rempah untuk memastikan rempah pecah minyak dengan sempurna.  
  3. Sesuaikan jenis dan kuantiti sayuran mengikut selera dan ketersediaan.  
  4. Untuk variasi, boleh tambah daging, tulang ayam, kaki ayam, atau leher ayam.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top