Resepi Bubur Asyura Utara

Resepi Bubur Asyura Utara

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 60 Minit

Masa Memasak: 80 Minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Bubur asyura biasanya sinonim apabila tiba tarikh 10 Muharram setiap tahun, ia juga adalah satu hidangan yang enak dimakan. Antara resepi bubur asyura yang popular adalah bubur asyura utara. Kalau korang nak cuba buat sendiri bubur asyura utara ini bolehlah cuba resepi yang dikongsikan oleh saudari Surina Abadi ini.

Resepi bubur asyura utara ini dibagikan kepada bahan A dan Bahan B agar mudah untuk diikuti dan untuk mendapat tekstur bubur yang enak dan sedap untuk dimakan. Resepi penuh di bawah:

Baca juga artikel : Resepi Bendi Goreng Telur Simple

Bahan A:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan pati santan
  • 4 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun pandan
  • 1 cawan gula putih
  • 2 ketul gula melaka (saiz kecil), dimasak dengan 1 cawan air (biarkan sejuk dahulu)

Bahan B:

  • 1 tin jagung
  • ½ buah labu, dipotong dadu
  • 2 biji ubi keledek, dipotong dadu
  • 1 cawan kacang hijau, direbus
  • 1 cawan kacang merah, direbus
  • 6 biji pisang (boleh tambah jika suka)

Cara Penyediaan Bahan A:

  1. Campurkan tepung beras, tepung jagung, pati santan, air, garam, dan daun pandan dalam satu bekas.
  2. Tambahkan gula putih dan gula melaka yang telah dimasak dengan air. Kacau rata dan tapis.
  3. Tuangkan campuran ini ke dalam kuali.

 

Cara Penyediaan Bahan B:

  1. Campurkan jagung, labu, ubi keledek, kacang hijau, dan kacang merah ke dalam campuran bahan A di kuali.
  2. Masak dengan api perlahan. Kacau secara berterusan selama kira-kira 1 jam 20 minit sehingga adunan nampak berkilat.
  3. Tambahkan pisang ketika adunan hampir masak dan kacau sehingga sebati.

Tutup Api:

  1. Setelah bubur nampak berkilat dan masak sepenuhnya, tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips:

  1. Masak dengan api perlahan untuk memastikan adunan tidak berkerak dan mendapatkan tekstur yang lembut.
  2. Sentiasa kacau bubur semasa memasak untuk mengelakkan ia melekat di kuali.
  3. Tambahkan pisang pada akhir proses memasak untuk mengelakkan pisang terlalu lembik.
  4. Gunakan daun pandan untuk memberikan aroma yang wangi pada bubur.

Selamat mencuba Resepi Bubur Asyura yang enak ini!

Kredit Surina Abadi

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top