Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Menu: 5-7 orang
Resepi begedil kentang sangat diminati ramai dan sedap dimakan begitu sahaja. Ia boleh dijadikan sarapan pagi dan boleh juga dimakan bersama nasi putih. Biasanya begedil kentang ini enak dimakan bersama sambal kicap dan boleh dijadikan hidangan setiap hari. Jom tengok resepi begedil kentang yang dikongsikan oleh Haslinda Saat ini.
Resepi begedil beserta sambal kicap ini sangat ringkas dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. Nak lagi detail boleh chek resepi di bawah:
Bahan-Bahan Bergedil Kentang:
- 10 biji kentang
- Daun sup (cincang halus)
- Isi ayam atau daging (cincang halus, rebus)
- Lobak merah (parut kasar)
- 2 sudu besar bawang goreng
- Garam secukup rasa
- Perasa secukup rasa
- 1 biji telur
Bahan-Bahan Sambal Kicap Kaww:
- 10-20 biji cili padi
- 5-8 ulas bawang putih
- Air asam jawa secukupnya
- Kicap secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Cara Penyediaan Bergedil Kentang:
- Potong kasar kentang dan goreng hingga masak.
- Lenyek kentang ketika masih panas hingga halus.
- Satukan kentang yang telah dilenyek dengan daun sup, isi ayam atau daging, lobak merah, bawang goreng, garam, dan perasa. Gaul hingga sebati.
- Bulatkan adunan bergedil mengikut saiz yang diingini.
- Celup bulatan bergedil dalam telur yang telah dipukul.
- Goreng dalam minyak panas hingga keemasan dan garing. Angkat dan toskan minyak.
Cara Penyediaan Sambal Kicap Kaww:
- Blend cili padi, bawang putih, dan air asam jawa hingga hancur.
- Letakkan kicap, garam, dan gula ke dalam bahan yang telah diblend. Kacau rata.
- Masak sekejap atas api kecil hingga sebati dan sedikit pekat.
Tips:
- Lenyek kentang semasa masih panas untuk hasil yang lebih halus.
- Isi ayam atau daging boleh direbus terlebih dahulu untuk memudahkan proses mencincang.
- Bulatkan bergedil dengan saiz yang comel untuk mudah dihidangkan dan dimakan.
- Goreng bergedil dalam minyak yang cukup panas supaya tidak menyerap terlalu banyak minyak.
Selamat mencuba dan menikmati Bergedil Kentang dengan Sambal Kicap Kaww!
Kredit Haslinda Saat
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.