Resepi Begedil Daging Sekali Ngadap Habis

Resepi Begedil Daging

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu 10+ orang

Begedil daging adalah antara masakan tradisi orang melayu yang popular dan masih diminati hingga kini. Terdapat pelbagai versi begedil yang menggunakan campuran seperti isi ayam dan daging. kali ini kami kongsikan salah satu rezepi begedil daging yang tular di laman FB untuk rujukan anda. Resepi ini telah dikongsikan oleh saudari Liza Idris dan telah mendapat lebih 1.3k tanda suka dan 1.6k ulang siar di laman FB. 

Menurut Liza Idris, begedil ini sangat mudah untuk dibuat dan sedap dimakan bersama soto.  Berikut adalah cara buat begedil daging beserta gambar dan langkah demi langkah untuk rujukan anda.

Bahan-bahan:

  • 2 ke 3 biji ubi kentang
  • 1 Biji bawang besar
  • 200g mangkuk daging kisar
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 2 pokok daun sup dan bawang.(hiris halus)
  • 2 biji cili merah. (hiris halus)
  • 1 genggam bawang goreng.
  • 2 sudu besar lada sulah.
  • Garam & gula

Tips:

  1. Goreng bawang tu jangan terlalu masak @ garing, cukup hingga kekuningan sahaja.
  2. Sama juga ubi kentang, goreng sampai kekuningan sahaja, jangan terlalu garing.

Lihat juga resepi : Resepi Begedil Ayam

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak, tumis 1 biji bawang besar yang dihiris nipis gitu. Biar sampai kekuningan.

Masuk 1 mangkuk daging yang dikisar. Anggaran 200 gram gitu. Kacau dan kacau biar sedikit masak.

Masuk sedikit garam ikut citarasa.

Masuk pula 1 sudu besar lada sulah. Kacau dan kacau lagi hingga sebati.

Dah kering gini boleh tutup api. Ketepikan dulu.

Ambil 2 atau 3 biji ubi kentang dibuang kulit dan potong sederhana nipis.

Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Angkat kentang dan toskan. Masuk dalam mangkuk yang bersesuaian dan boleh lenyekkan.

2 pokok daun sup dan bawang.(hiris halus)

2 biji cili merah. (hiris halus)

1 genggam bawang goreng.

2 sudu besar lada sulah.

Daging yang dimasak tadi.

Dalam mangkuk yang sama, satukan semuanya.

Kemudian gempal-gempalkan. Ikutla nak corak bujur ke, bulat ke kebenaran dan kebatilan pun boleh je.

Pecahkan sebiji telur dan kacau. Celup bola-bola cinta tadi dalam telur.

Panaskan minyak dan goreng. Biar sampai masak dulu, baru balik-balikkan.

Hahhh siap.

Kredit Liza Idris

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top