Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 35 minit
Masa Memasak: 20 minit
Menu: 4-6 orang
Resepi ayam penyet adalah menu hidangan dari Indonesia yang popular di Malaysia, bahkan hampir setiap pekan-pekan di Malaysia mempunyai menu ayam penyet ini. Bagi penggemar ayam penyek pastinya tahu rahsia kelazatan ayam penyet ini adalah pada kerangupan ayam gorengnya dan juga pada sambal yang sedap dimakan. Anda juga boleh buat sendiri di rumah, jom tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Nuraini Whd Mua ini.
Resepi ayam penyet simple yang dikongsikan ini mulai tular dan telah mendapat ratusan tanda suka dan ulang siar. Ia menggunakan bahan-bahan simple yang boleh didapati di dapur sahaja, malah hasilnya juga sangat sedap dan enak.
Baca juga artikel : Resepi Ayam Lemon
Bahan-Bahan Ayam Goreng Penyet:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu baking powder
- 2 biji telur
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
Bahan Tumbuk:
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu ketumbar
- 1 sudu jintan
Bahan-Bahan Sambal:
- 8-10 batang lada merah
- Segenggam cili padi (tambah mengikut tahap kepedasan yang diingini)
- 1 biji tomato (buang biji)
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 5 biji bawang kecil
- 1×1 inci belacan
- 1 sudu gula merah
- 2 sudu cuka
- Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan Ayam Goreng Berempah:
- Sangai ketumbar dan jintan hingga wangi, kemudian tumbuk halus bersama bawang putih.
- Rebus ayam separuh masak supaya masa menggoreng tidak lama dan tepung tidak overcooked.
- Bancuh bahan tepung bersama bahan tumbuk dengan air hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair supaya mudah menyalut ayam.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga garing dan kekuningan. Angkat dan toskan.
Cara Penyediaan Sambal:
- Goreng lada merah, cili padi, bawang putih, bawang besar, dan bawang kecil hingga lembut.
- Tumbuk atau blend bahan yang telah digoreng bersama belacan dan tomato hingga halus.
- Panaskan minyak dan goreng semula bahan yang telah ditumbuk atau blend tadi.
- Tambah gula merah dan cuka. Jika suka masin, boleh tambah garam.
- Goreng hingga sambal garing. Angkat dan hidangkan.
Tips:
- Rebus ayam separuh masak terlebih dahulu supaya proses menggoreng tidak mengambil masa lama dan ayam kekal juicy.
- Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair untuk mendapatkan salutan yang sempurna pada ayam.
- Sambal boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan yang diingini. Tambah atau kurangkan cili padi mengikut selera masing-masing.
Selamat mencuba dan menikmati hidangan ini! Jangan lupa tambahkan nasi jika masih belum cukup kenyang! 😄
Kredit Nuraini Whd Mua
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.