Resepi Asam Rebus Ikan Kerisi (Gulai Masin Pedas Kelantan)

Resepi Asam Rebus Ikan

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 2-3 orang

Kalau orang kelantan resepi asam rebus ikan ni biasa dipanggil dengan panggilan gulai masin pedas. Antara menu hidangan yang ringkas, simple tapi sedap makan sekali dengan nasi putih. Boleh tukar nak ikan jenis apa, biasanya yang digunakan ikan kembong dan ikan kerisi. Boleh tengok resepi asam rebus ikan oleh saudari Ramlah Abdul Ghani kongsikan ini.

Asam rebus ikan kerisi ini sangat mudah dibuat dan sedap, jom lihat caranya:

Baca juga artikel : Resepi Waffle Mudah 

Bahan-Bahan:

  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Cili padi
  • Kunyit hidup
  • Asam gelugur
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Ikan kerisi

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, lengkuas, cili padi, dan kunyit hidup hingga halus.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
  3. Panaskan dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan asam gelugur dan biarkan mendidih lagi.
  5. Masukkan ikan kerisi dan biarkan masak hingga ikan empuk.
  6. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  7. Tambah gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa.
  8. Biarkan mendidih seketika sebelum menutup api.

Tips:

  1. Gunakan ikan segar untuk rasa yang lebih enak.
  2. Jika suka pedas, boleh tambah lebih cili padi mengikut selera.
  3. Pastikan kuah mendidih sepenuhnya sebelum memasukkan ikan untuk memastikan ikan masak sempurna dan tidak hancur.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top