Resepi Roti Boy Topping Perisa Kopi Confirm Lembut Rangup

Resepi Roti Boy Perisa Kopi

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 9-10 orang

Kalau pergi pasaraya anak-anak tak sah kalau tak makan roti boy, rupanya resepi roti boy ni sebenarnya mudah je nak buat. Kalau tahu awal-awal baik buat sendiri je roti boy ni kat rumah , lagi jimat dan boleh buat menu makan sekeluarga. 

Contohnya perkongsian yang dikongsikan oleh saudari Efie Muhamad ini yang menunjukkan cara buat roti boy topping kopi dengan menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja. Jom lihat resepi penuh di bawah:

Bahan untuk Roti Boy:

  • 250g tepung gandum
  • 50g gula
  • 150ml susu segar
  • 1 sudu besar mauripan
  • 30g mentega
  • Mentega potong kiub (jumlah mengikut bilangan roti)

Bahan untuk Topping Kopi:

  • 60g mentega
  • 30g gula
  • 2 sudu besar serbuk Nescafe (dibancuh dengan 2 sudu besar air suam)
  • 1 biji telur
  • 70g tepung gandum

Cara Penyediaan Roti Boy:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali mentega kiub) ke dalam breadmaker dan uli hingga sebati.

  2. Bentuk doh menjadi bulat-bulat kecil.
  3. Masukkan mentega kiub ke dalam setiap doh dan bulatkan semula.
  4. Biarkan doh kembang hingga saiznya meningkat. Setelah kembang, sedia untuk ditambah topping.

Cara Penyediaan Topping Kopi:

  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim menggunakan mixer.
  2. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  3. Tambahkan bancuhan Nescafe dan pukul lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan pukul hingga sebati.
  5. Masukkan adunan topping ke dalam piping bag dan paipkan secara melingkar di atas roti yang telah kembang.

  6. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.

Tips:

  1. Pastikan doh kembang sepenuhnya sebelum menambah topping kopi untuk hasil yang gebu.
  2. Gunakan mentega berkualiti untuk topping agar rasa kopi lebih mantap.
  3. Paipkan topping dengan kemas supaya roti nampak menarik selepas dibakar.

Kredit Efie Muhamad

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top