Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan

resepi kek pisang kukus
Resepi.me / Resepi Kek / Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan

Resepi kek pisang kukus adalah salah satu carian yang popular oleh warganet di Malaysia. Sedia maklum bahawa pisang adalah antara buah yang diminati oleh masyarakat Malaysia, oleh itu tidak hairan jika terdapat pelbagai variasi resepi kek perisa pisang yang popular. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa resepi kek pisang kukus yang popular dan telah mendapat ratusan perkongsian dan tanda suka di laman sesawang facebook.

Kek pisang ini adalah salah satu kuih yang sering dinikmati sebagai sarapan pagi oleh masyarakat melayu. Namun ia juga sesuai dijadikan juadah ketika waktu malam ataupun di waktu santai bersama keluarga. Tambahan rata-rata resepi yang dikongsikan ini sangatlah mudah dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. Nak tahu lebih lanjut silakan membaca hingga habis.

9 Koleksi Resepi Kek Pisang Kukus Paling Sedap!

Terdapat beberapa jenis versi untuk menghasilkan kek pisang yang sedap dan enak apabila dimakan. Dari segi bahan yang digunakan rata-rata menggunakan bahan asas pisang untuk dijadikan perisa kek kukus ini. 

Resepi-resepi yang dikongsikan disini mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahan yang digunakan dan penyediaan yang menjadikan masing-masing unik dan sedap. Berikut adalah beberapa resepi kek pisang kukus yang popular untuk rujukan anda semua. Jangan lupa baca hingga habis dan tebus Voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini.

Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Oleh Nadia Marissa

Bahan yang diperlukan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk baking 
  • 4 biji pisang yang dilenyek
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Telur dikisar bersama gula hingga kembang.
  2. Gaulkan minyak bersama pisang yang telah dilenyek tadi hingga sebati.
  3. Masuk dan gaulkan bersama tepung, serbuk baking, dan sodium bikarbonat
  4. Selepas semuanya sebati, masukkan ke dalam sebatian telur dan gula yang dikisar tadi.
  5. Boleh tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit.

Resepi Kek Pisang Kukus Gebu Oleh Nur Anisa

Bahan yang diperlukan:

  • 1 biji telur Gred A
  • Gula pasir setengah cawan
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh vanila esen
  • 5 batang pisang berangan
  • 1 sudu teh serbuk baking
  • 1 sudu teh soda
  • 1 ½ cawan tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Kisar dahulu telur dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan minyak dan esen, kisar sekali
  3. Masukkan pisang yang telah dipenyek hancur
  4. Gaulkan tepung soda dan baking dibekas lain, masukkan bahan kisar tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang dan boleh mula kukus 15 ke 20 minit. 

*Tips

  • Nak bagi kek nampak bintik-bintik pisang, kisar 1 minit sahaja
  • Guna lidi untuk cucuk kek nak tahu sudah masak atau tidak
  • Boleh gunakan hirisan pisang untuk dijadikan hiasan topping kek

Kek Pisang Kukus Simple Oleh Nora Zara

Bahan yang diperlukan:

  • Pisang 5 batang
  • Gula 1 cawan
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Minyak 1 cawan
  • Telur 3 biji
  • Serbuk soda 1 sudu
  • Serbuk baking 1 sudu

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan kisar bahan gula, pisang, telur, dan minyak
  2. Ayak tepung, soda, dan serbuk baking
  3. Campurkan bahan yang dikisar ke dalam ayak tepung, soda, dan baking. Kacau hingga sebati. Boleh mula kukus

Kek Pisang Kukus Tanpa Telur Oleh Shieda Idrak

Bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan gula pasir + 1 cawan air (gula hangus)
  • ½ cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk baking
  • ½ sudu teh serbuk soda
  • ½ sudu teh 
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Caranya sangat mudah, campurkan kesemua bahan-bahan tadi satu persatu dan gaul hingga sebati.
  2. Kukus selama 40 minit
  3. Boleh check kek masak dengan cucuk lidi pada kek, jika tidak melekat tanda kek sudah masak.

Kek Pisang Moist Oleh Mariana Zainal

Bahan yang diperlukan:

  • 3 batang pisang berangan
  • 1 cawan pisang (dilecek)
  • ¾ cawan gula  kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak (boleh guna minyak jagung)
  • 1 sudu besar lemon (boleh ganti limau kasturi atau limau nipis)
  • Garam secubit

Bahan ayak:

  • 1 ½ cawan tepung 
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh serbuk baking

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan minyak+telur+gula+garam selama 5 minit. Masukkan pisang dan kisar sekejap.
  2. Dibekas yang lain satukan bahan ayak dan campurkan bahan yang dikisar, kacau hingga sebati. 
  3. Sediakan oven pada suhu 170 darjah selsius api atas dan bawah, jangan lupa sapukan mentega pada loyang sebelum masukkan adunan kek pisang.
  4. Bakar selama 50 minit.**kalau nak kukus boleh kukus selama sejam

Resepi Kek Kukus Pisang Tanpa Telur & Minyak Oleh Sharifah Said

Bahan yang diperlukan:

  • Secawan gula pasir + secawan air (gula hangus)
  • Secawan pisang yang dilecek
  • ½ cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk baking
  • ½ sudu teh serbuk soda

Cara penyediaan:

  1. Campurkan bahan pisang+gula hangus+tepung+serbuk soda+santan dan gaul hingga sekata.
  2. Kukus selama 20 minit atau test dengan cucuk lidi pada kek. Jika tidak melekat tanda kek sudah masak dan boleh dihidang.

Kek Pisang Kukus Geboo Oleh Nur Ain Rahman

Bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 5 biji pisang berangan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk soda
  • 1 sudu kecil serbuk baking

Cara penyediaan:

  1. Blend dan kisar bahan A maksima selama 1 minit. Jangan terlalu lama untuk menghasilkan corak/urat pada kek pisang nanti.
  2. Masukkan bahan A yang dikisar tadi ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati.
  3. Kukus selama 34 minit hingga masak

**Boleh gunakan acuan bunga untuk menghasilkan bentuk kek pisang yang cantik. Jangan lupa sapukan marjerin atau minyak pada seluruh acuan sebelum tuang adunan kek.

Kek Pisang Resepi Oleh Azlina Ina

Bahan yang diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 6 batang pisang emas yang dilenyekkan
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovelette
  • 1 sudu kecil serbuk baking
  • 1 sudu kecil serbuk soda

Cara penyediaan:

  1. Kisar dan blend telur+esen vanila+ovelette dan gula hingga sebati dan kembang.
  2. Masukkan minyak dan pisang yang telah dilenyek, kisar hingga sebati.
  3. Sementara itu boleh ayak tepung + serbuk soda dan serbuk baking. Gunakan teknik kaup, campurkan ke dalam bahan kisar tadi.
  4. Setelah semunya sebati boleh kukus selama 30 ke 40 minit. 

Kek Pisang Kukus Gebus Gebas Oleh Fieza Sofea

Bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 3 biji telur
  • ½ cawan gula putih
  • ½ cawan gula perang
  • Secawan minyak
  • 1 sudu kecil vanila esen
  • 5 biji pisang berangan

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk baking
  • 1 sudu serbuk soda

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan kisar bahan A hingga sebati kecuali pisang. Pisang boleh masukkan kemudian dan kisar sekejap sahaja.
  2. Dalam bekas lain campurkan bahan B dan tuangkan bahan A, kacau hingga sebati.
  3. Setelah sebati, boleh bakar adunan kek pisang pada suhu 170 darjah selsius atau kukus selama 45 minit.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Rata-rata resepi yang dikongsikan ini mempunyai sedikit perbezaan dari segi hiasan dan cara penyediaan. Anda boleh menggunakan loyang biasa atau boleh juga menggunaka bekas adunan yang boleh dibeli secara dalam talian. Tips penting untuk anda lakukan adalah anda mesti kisar pisang sekejap sahaja agar kek pisang nanti mempunyai urat dan corak yang cantik selepas kukus@baking nanti. Nak lebih banyak tips dan info resepi? Boleh terus ke slot resepi kerabu mangga. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Exit mobile version