Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 20 minit
Menu: 5+ orang
Resepi Ikan pelaling atau ikan kembung ini tidak asing dijadikan sebagai lauk dalam hidangan harian, contohnya resepi ikan pelaling celup tepung. Resepi ikan pelaling celup tepung ni popular di Kelantan dan biasanya dihidang dalam menu colek, tetapi ia boleh juga dimakan bersama nasi putih sebagai lauk.
Kalau korang nak belajar cara buat ikan kembung celup tepung ni boleh tengok resepi yang dikongsikan oleh saudari Watie Ismail ini. Paling penting hasil ikan celup tepung nanti rangup dan isinya lembut dimakan.
Bahan-bahan:
- Ikan pelaling
- 1 ½ cawan tepung beras
- 1 ½ sudu makan gula
- ½ sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 1 ½ cawan air sejuk (dari peti sejuk, contohnya air Cuckoo)
- Secubit kapur makan
- Sedikit serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
- Campurkan semua bahan di atas dalam satu mangkuk besar.
- Akhir sekali, masukkan air sejuk dan kacau sehingga adunan sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan banyak.
- Setelah minyak panas, masukkan ikan pelaling yang telah dibersihkan ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak panas.
- Selepas ikan dimasukkan ke dalam minyak, kecilkan api sedikit dan goreng sehingga ikan masak dan garing.
Tips:
- Pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng ikan untuk mendapatkan hasil yang rangup.
- Jangan terlalu banyak mengisi kuali dengan ikan pada satu masa untuk memastikan setiap ikan masak dengan sempurna.
- Ikan pelaling celup tepung ini sangat sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa atau makan malam selepas solat terawih, terutama sekali di bulan Ramadan.
Nota: Resepi ini sangat popular di Kelantan, terutamanya semasa bulan puasa. Jika anda tidak dapat pulang ke kampung halaman, anda boleh mencuba resepi ini di rumah untuk menikmati kelazatan ikan celup tepung.
Kredit Watie Ismail
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.