Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 3-5 orang

Kalau suka makan daging wajib cuba resepi daging salai masak lemak cili padi ni. Menu daging salai ni sangat ngam dimasak dengan masak lemak cili padi. Korang boleh follow resepi daging salai masak lemak cili padi yang dikongsikan oleh saudari Puan Siti Zalikha ni.

Dalam resepi ni Puan Siti Zalikha menunjukkan cara mudah dan ringkas masak lemak daging menggunakan daging salai jenama Ramly sahaja. Jadi lebih cepat dan mudah kerja nak masak:

Bahan:

  • Daging salai Ramly
  • Cili padi (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Kunyit hidup
  • Santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 batang serai (diketuk)

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup sehingga lumat.
  2. Gaulkan daging salai dengan bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Masukkan daging yang telah digaulkan dengan cili padi dan kunyit ke dalam periuk bersama santan pekat.
  4. Tambahkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
  5. Masak dengan api sederhana hingga santan mula mendidih.
  6. Masukkan asam gelugor dan garam serta gula secukup rasa.
  7. Teruskan memasak hingga kuah menjadi pekat dan daging empuk.

Tips:

  1. Untuk rasa yang lebih mantap, gunakan cili padi yang segar dan kunyit hidup.
  2. Pastikan santan tidak pecah minyak dengan memasak pada api sederhana dan sentiasa kacau perlahan-lahan.
  3. Sesuaikan tahap kepedasan dengan menambah atau mengurangkan jumlah cili padi mengikut citarasa.
  4. Gunakan daging salai yang berkualiti untuk mendapatkan rasa yang asli dan sedap.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top